Halaman

Khamis, 27 Jun 2013

1G Tak cukup?

Sejak PRU13 hingga hari ini, aku bergelut dengan situasi dimana Celcom data 1G yang aku langgan telah habis guna walaupun baru 3/4 bulan. Sebelum ini tidak pernah berlaku. 1G dengan harga RM48 sebulan lebih dari mencukupi.

Tak tahu tang mana silapnya. Semalam saja aku dah minta tambahan 1G lagi yag bernilai RM15.Namun hari ini dia dah mula buat hal. Loading macam sipu. Aku perlu buat tambahan kerana nak guna untuk mengemaskini blog TKM1 setiap hari tanpa gagal.

Otak aku mula terfikir nak menukar kepada yang baru seperti U mobile atau DIGI. Cuma tak pasti samada taliannya cukup bagi tempat aku ini. Atau juga, adakah salam Celcom atau salah aku sendiri?

Untuk bil internet dan talipon saja setiap bulan sekitar RM140. Bil letrik RM180. Aduhh.... Macam manalah nak berehat dari bekerja tatkala umur 55 kalau macam inilah kos sara hidup aku saban bulan?

Tu belum kira duit minyak kereta, makan minum dan bawa ibu_suri ronda-ronda hujung minggu. Kalau ikut apa yang aku perhatikan kehidupan mak dan abah dulu, mau tak mau aku kena berdikari sendiri mencari rezeki hingga hujung hayat.

Jangan harap sangat orang lain akan bantu hatta anak sendiri.

3 ulasan:

Cikgu Hairul berkata...

Cuba guna VPN. Mungkin dapat mengurangkan penggunaan bandwith.

Kalau ikutkan 1G memang tak cukup. Lagi2 kalau dalam web tu banyak gambar. Lagipun banyak blog berat2 sekarang ni.

Temuk berkata...

IM, memang kalau anak-anak mampu + mahu hulur, alhamdulillah. Kalau tidak pun, kita sendiri amat faham kos hidup zaman ini yang mereka sendiri perlu harungi. Pak Temuk juga selalu terfikir sendiri.... bersara dengan KWSP gaji zaman dulu, hidup dalam zaman kos barangan + perkhidmatan begitu "melambung" pula sekarang ini!

insan marhaen berkata...

cikgu hairul,
tkasih atas nasihat. VPN? Tak biasa dengar pun istilah ni...

Temuk,
Kenyataan hidup yang mahu tidak mahu kena tempuh. Perlu difikirkan dari sekarang. Tawaran meneruskan kerja hingga ke umur 60 mungkin perlu ditimbang semula...