Halaman

Khamis, 27 Jun 2013

Syaaban Yang Berseri

Malam Nisfu Syaaban bebaru ini memberi peluang kepada aku melihat bulan penuh yang besar dan indah tergantung di dada langit.

Hebatnya ciptaan Tuhan yang tak terjangkau oleh pemikiran aku yang cetek ini.

Berada di bulan Syaaban memberi tanda bahawa Ramadhan semakin hampir hadirnya. Bulan yang penuh keberkatan ini pastinya akan menyajikan kesibukan aku mengejar waktu untuk diisi dengan rutin-rutin ibadah yang wajib dan sunat itu.

Tak pasti samada Akhmal akan keluar dari 'sana' dan boleh berpuasa dan berhari raya bersama. Mungkin juga dia akan berpuasa dan berhari raya bersama 'mereka' dengan persekitaran yang asing.

Angah juga akan melalui Ramadhan ini buat pertama kalinya dengan tanggungjawap sendiri. Kalau dulu dia banyak bergantung kepada aku dalam urusan bersahur dan berbuka puasa; kali ini dia dan Ayulah yang akan mengendalikan juadah mereka sendiri.

Aku ingin mengharungi Ramadahan dan Syawal kali ini dan akan datang dengan sebaiknya. Aku tahu, peluang yang masih ada diberi oleh Allah tinggal sedikit cuma. Aku tidak mahu tercicir sebaliknya mahu hari-hari mendatangku cerah dan berseri seperti cahaya bulan Nisfu Syaaban itu!

Tidak mahu persiakan ia....

2 ulasan:

Murni Alfathunnisa berkata...

jika tak disebabkan jerebu..pasti cahaya bulan tu lebih cerah dan jelas kan.

Cikgu Hairul berkata...

memang indah pemandangan tu. sapa punya camera bertuah dapat gambar tu?