Halaman

Ahad, 16 Jun 2013

Sebuah Kek

Semalam aku ke rumah mertua membawa satu kek sempena Hari Bapa. Sesampai saja ke sana, adik ipar memberitahu bahawa mereka semua tiada di rumah kerana menjenguk rumah pusaka di Kampung Batu 3, Tapah yang telah beberapa kali di masuki pencuri.

Sudahnya, kami sahajalah di rumah itu - aku, ibu_suri, kakak ipar, adik ipar, Marissa dan lain-lain cucu menakan. Apa yang perlu diperbuat dengan kek ini?

Aku letakkan di meja. Setelah siap membuat se jug air oren dan menyediakan piring serta sudu, aku ajak Marissa memotong kek. Marissa yang kini sudah mula petah bercakap ( bahasa dia yang aku pun sukar nak faham ) bukan main lagi tak sabar. Berlemuih tangan dan mulut. 

Khabarnya, Marissa bakal dapat adik awal tahun depan. Harap-harap kali ini biarlah lelaki. Semasa Marissa lahir dulu, Ayu mempunyai masaalah melahirkan. Natijahnya doktor memberitahu bahawa kelahiran akan datang terpaksa dilaksanakan melalui pembedahan.

Sewaktu memegang pisau di tangan Marissa yang sudah mula jinak untuk kudukung dan ajak bermain, aku teringat arwah abah aku sendiri. Seumur hidup aku, aku tidak pernah meraikan Hari Abah kerana sikap aku yang memang tidak gemar menyambut hari yang sebegini. 

Cumanya kerana meraikan kehendak ibu_suri yang memang peka dengan tarikh-tarikh istimewa seperi Hari jadi dan Hari Ibu/Bapa ni. Muga abahku aman damai di alam 'sana'...

pusara abah memang ringkas saja binaannya

7 ulasan:

ANIM berkata...

Alfatihah untuk arwah bapa IM..

p/s kubur disusun batu itu seperti di perkuburan baqi', madinah almunawarrah

Jay Ar berkata...

JR juga tak pernah merayakan dan tak pernah menggalakkan anak2 mengingati Hari Bapa. Bagi JR setiap hari adalah hari keluarga...hari ibu, bapa dan anak2....

makchaq berkata...

Ada orang memang biasa meraikan, keluarga makchaq, hari jadi pun sekadar ucapan/sms saja, kek2 @ sambutan bukan kebiasaan, kalau sambutan lain lagi la tak dak...t

insan marhaen berkata...

anim,
Ye ke.. IM pun tak perasan.

JR,
Betul tu. Setiap hari adalah hari yang terbaik untuk semua orang. esok belum tahu milik kita.

mak chaq,
IM pun dulu gitu gak. Orang miskin katakan. tapi keluarga ibu-suri kat penang ni lain sikit. Ada sikit ikut oghang putih.

selebret bagai...

a.samad jaafar berkata...

sy tak tahu pun hari bapa sudah berlalu.. sejujurnya, sy tak pernah ucapkan hari bapa buat ayah sy.. dan kalau sy ucapkan pun.. tentu dia akan kata sy mengarut huhuhu..

a.samad jaafar berkata...

sebenarnya sy baru kembali berblog dlm seminggu ini.. sebelum ini mmg sy cuba masuk tapi katanya blog abg IM sudah diremovekan..mujur usaha tangga kejayaan hahaha..

errr.. tetamu senja versi yg ini kurang menyengat..

TiranaAduka berkata...

bg ta hari2 adalah hari yg indah.