Rabu, 3 Julai 2013

Awan Putih Waktu Malam


Malam ini usrah agak lain dari selalunya. Bertemu di Restoran Nashmir sambil berbual santai tentang isu-isu semasa. Sesekali naqib mengeluarkan hujah yang boleh dikatakan sebagai tazkirah juga tatkala sesuatu permasaalahan ditimbulkan oleh antara kami.

Menjelang 11 malam, angin bertiup kencang.

"Tengok awan kat sana. Dah berwarna putih. Tak lama lagi hujan akan turun. Lebat ni!" terang kawanku yang juga Bendahari Surau Taman Pelangi, lokasi tetap usrah mingguan kami. Dia bekeja sebagai peniaga pasar malam di situ.

Baru aku tahu bagaimana nak menentukan hujan akan turun atau tidak dengan berpandukan warna awan di langit.

Setelah 2 jam di Nashmir, aku memandu pulang ke rumah. Singgah di kedai makan tepi Masjid Kubang Semang untuk membeli makanan Angah dan ibu_suri. Angah ni pun satu. Mentang-mentanglah ayah dia ni baik, asyik suruh ayah dia belikan makanan sahaja sedangkan dia sendiri pun sepatutnya boleh beli sendiri on the way balik kerja. Hai... lah.. anak!

Selepas hidangkan ke meja untuk ibu-suri aku bergegas membuka laptop untuk mencari bahan meng-update blog TKM1ku. Itu adalah tugasan khas harian yang telah diamanahkan oleh jamaah kepadaku.

Selalunya, hari Rabu begini, masaku terlalu pendek. Terkocoh-kocoh balik kerja, belikan makanan untuk ibu_suri, makan bersamanya, solat Maghrib kemudian bersiap untuk ke usrah. Jarak lokasi usrahku di Taman Pelangi itu adalah sekitar 45 minit menaiki Kancil dari rumah.

Kancil aku bukan elok sangat kondisinya. Tak boleh bawa laju lebih daripada 70km/jam. Dan aku pula mutakhir ini tidak boleh tidur lewat dari jam 1. Kalau lewat jawabnya esok akan rasa lemah dan mengantuk di tempat kerja. Tidak seperti dulu. Boleh berjaga hingga 2 - 3 pagi untuk beraktiviti atau menyudahkan kerja-kerja jamaah.


5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

saya ingatkan awan gelap,hitam pekat menandakan hujan lebat..

Tanpa Nama berkata...

1. kalau waktu malam, awan warna putih tu menandakan hujan bakal lebat kot...

2. mungkin tu cara anak nak bermanja bila dah besar...

JR berkata...

Fenomena sama di Alor Setar malam tadi: awan putih berjajaran memenuhi angkasa raya. Dan memang benar ...pagi tadi hujan lebat turun hingga kini belum reda. Sejuk!!!

makchaq berkata...

Makchaq pun macam Kam, ingat awan hitam tanda nak hujan..

insan marhaen berkata...

kamsiah,
IM juga beringatan yang sama sebelum ini. Malam itu satu ilmu baru IM terima dari hanya seorang peniaga pasar malam.

smbotak,
bukan IM ke yang sepatutnya tiba giliran untuk bermanja dengan anak?

JR,
Di rumah IM juga hujan lebat agaknya malam tadi. Pagi ke tempat kerja, jalan jem tak terkata...

mak chaq,
Ilmu kita masih sedikit nampaknya..