Masih mengadu sakit perut dan keluar masuk tandas. Aku pun tak tahu nak buat bagaimana bila setiap kali ibu_suri mengadu.
"Dub** I pedih!" ujarnya yang mungkin di akibatkan oleh selalu dan terlalu meneran.
Kalau tidak kerana akan ada odit hari Isnin ini memang mau saja aku hantar ke hospital. Namun aku boleh agak, jika dirujuk ke sana kemungkinan besar ibu_suri akan diwadkan. Masaalahnya, jika ibu_suri di wad, aku perlu menjaganya 24 jam. Habis.... kerja-kerja aku menjelang odit?
Sakit perut berpanjangan yang diidapi oleh ibu_suri ini sebenarnya mengingatkan aku pada peristiwa lampau ketika mana awal-awal ibu_suri diserang stroke.
Boleh baca di sini sebahagian dari rentetan peristiwa itu!
Doakan kesejahteraan ibu_suri. Bagi aku, cuma dialah teman yang aku ada sekarang ini samada elok walaupun tidak. Ketika mana anak-anak sudah besar dan tidak lagi selalu bersama kami, ibu_surilah teman yang menghibur hati ataupun sebaliknya!
7 ulasan:
Shafaahallah. Aamiin
dilema jugak tu, yang penting kena fikir mana yang perlu diutamakan dulu. takut karang melarat pulak...
Sama-sama kita terus berdoa semoga semua ahli keluarga kita sihat sejahtera sambil menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah, berat timbangan pelaburan IM menjaga ibu_suri khususnya sepanjang bulan mulia ini.
saya ni yang punya 2 anak lelaki , membayangkan jika saya berada di tempat ibu_suri. tapi andainya kita punya anak perempuan, cerita menjadi berbeza. belum tentu jugakan. namun setiap orang mempunyai tahap ujian berbeza. yang penting, jangan lupa panjatkan doa setiap masa memohon pertolongan Allah.
p/s mudah2an IM..doa orang yang berpuasa, tidak akan tertolak, insya Allah...
Di doakan moga ibu_suri terus diberi kesihatan yang baik.
bagaimana kedaan ibu suri skrg....
Utamakan yang utama. Sabar itu tiada penghujungnya. InsyaAllah ganjarannya di Syurga kelak.
Catat Ulasan