Aku terlambat bangun hari ini lansung ambil keputusan untuk bercuti sahaja.
Di luar pula hujan renyai-remyai menambah nyenyak tidurnya ibu_suri.
Aku duduk di kerusi sambil memerhati hujan yang turun.
"Takkan nak cuti saja?" elus hatiku.
Teringat beberapa bil yang perlu aku selesaikan.
Bil TMnet yang berbulan-bulan tak bayar kerana beraleh ke Celcom broadband. Setiap kali datangnya bil akan tertulis SEGERA di ruang pembayaran.
Bil TNB juga dah dihantar menggunakan kertas berwarna kuning tanda talian akan dipotong jika lengai lagi untuk membayarnya.
Bukan tak mahu bayar akan tetapi kerana asyik bertangguh. Untuk ke pejabat pos di waktu pejabat demi membuat pembayaran agak sukar.
Along banyak kali menyuruh aku membayar secara atas talian. Cuma aku sahaja yang malas nak terokai pembayaran cara moden ini.
Bil Indah Water juga dah dikepilkan dengan nota peringatan.
"Elok kalau aku me-nyetel-kan bil-bil ini, hari ini.
Mau 3-4 ratus juga duit aku terbang untuk semua ini."
Inilah akibatnya kalau kerja bertangguh. Sikap aku yang aku harap tidak diwarisi oleh anak-anakku kelak!
4 ulasan:
bertangguh kerja (sayale tu..)...bertangguh bayar..
bila sekelempuk kerja baru tiba..aduiii...boleh berserabut kepala nak keluarkan idea
bila sekelempuk bil baru tiba..tu pun boleh berserabut dompet nak keluarkan duit..
mudah2an dipermudahkanNya
heheee, sikap bertangguh ni memang sinonim dengan lelaki (contohnya saya la). hampir semua orang lelaki ada, cuma teruk atau tidak je.
elok jugak praktikkan bayar secara online. jimat minyak dan masa.
bayar online je senang, IM. tak perlu keluar. a few minutes je settle semua. jimat masa dan tenaga.
anim,
ingatkan orang lelaki je yang suka menapuk kerja...
smbotak,
IM kira dah teruk nih. teruk poket bila kena bayar secara pukal.
murni,
nak kena belajar juga la nampaknya ni...
Catat Ulasan