Halaman

Selasa, 20 Ogos 2013

ADILA


Memang benar seperti catatan blogger JH di sini. Dalam perjalanan balik sendirian dari kerja tadi pun aku tak lepas peluang memasang radio Klasik FM mendengar ADILA yang bersiaran dari 5.30 petang. 3 coretan dari penghantar akan dibacakan dengan setiap coretan diiringi dengan 3 lagu.

Catatan beserta lagu iringan itu menghiburkan di samping coretan mereka yang menghimbau kenangan. Taklah boring sangat sambil menghadap trafik jem yang bagaikan tak ada jalan penyelesaian di Pulau Pinang ni.

Seperti masa aku mula bergiat di alam penulisan dulu sekitar 70an, aku juga rajin menghantar karya ke Radio Ipoh dan beberapa kali tersiar. Abah aku bukan main bangga lagi bila nama anaknya disebut oleh juruhebah sedangkan pada aku itu cuma ikan bilis sahaja.

Jadi, teringin pula aku mengulangi nostalgia itu. Menghantar karya bilisku ke ADILA yang kalau bernasib baik akan tersiar. Bolehlah aku syok sendiri..he..he..

5 ulasan:

smbotak berkata...

saya biasa dengar klasik bila sorang2 dalam pantry. tapi kalau dalam kereta, lebih gemar bernama radio 24.

Kakcik berkata...

Kakcik juga dulu rajin menghantar karya ke radio. Tapi radio pilihan kakcik pada masa itu ialah radio Singapura.

❤Kamsiah❤ berkata...

saya cuma dgr radio ketika dlm kereta ja...tu pun sering tukar2 siarannya
kt rumah,langsung takde kedengaran bunyi radio...sbb saya sgt2 tak suka dan rimas dgn bunyi bising..org sebelah pasang radio kuat pun saya sound hehe

faizah berkata...

Ada jugak menghantar karya ke radio.. cuma sekarang ni tidak lagi. Pernah sekali ... tersiar tak tau bila, tiba2 dapat duit.. sonok kan? Dah lama tak dengar radio....

insan marhaen berkata...

smbotak,
IM tak pernah tahu radio 4. Selain ADILA, IM lebih suka dengar lagu koleksi dari pendrive...

kakcik,
Ya.. ya.. dulu selalu juga dengar radio Singapura.

kamsiah,
Dulu IM memang suka dengar radio dalam rumah tapi sekarang ini, sejak ibu_suri conquer tv, err... radio pun dah tak ada.

faizah,
IM cuma pernah dapat honorarium bila karya tersiar di akhbar/majallah.

Memang teruja...