Halaman

Isnin, 5 Mei 2014

Sri Tambang

Walaupun hujan renyai-renyai malam ini, ibu_suri tetap tagih janji nak makan mee udang di Medan Selera Sri Tambang, Titi Timbul, Sungai Dua. Sebenarnya, janji tu dia yang buat. Nak makan mee udang, pintanya semalam. Aku angguk je. Malas nak bangkang. Tau sangat fe'el dia. Aleh-aleh aku pula yang dikatanya berjanji. Iye lah tu....

Aku pilih 8 ekor udang. Bila ditimbang harganya RM32. Kalau sekilo RM120.  Berkerut juga dahi tuaku ini mendengarnya. Tapi aku memang dah keluarkan duit siap-siap dari mesin atm Agro Bank sebelum datang tadi. Arif sesangat.


4 ekor untuk nasi goreng dan 4 ekor untuk mee kuah. Aku makan sana ikit, sini sikit. Memang selalunya gitu. Kalau menu yang mahal macam gini, selalunya aku pesan tak banyak untuk 'sep bajet'. Makan juga tak banyak untuk beri peluang pada ibu_suri makan sepuasnya. Kalau tak puas nanti, dia akan minta datang lagi ke sini. 

Tapi katanya.... ah, tak best la. Mee udang kat Pulau Sayak lagi best. Aku sengih saja sambil dalam hati berkata... nak ke Pulau Sayak tu pun bukan sikit duit dan masa juga.

Tapi selalunya kalau ibu-suri kata tak best pada sesatu makanan tu, memang tak bestlah. Lidah dia memang pakar dalam menilai kesedapan sesuatu makanan. Kalau bilamana dia makan dan no komen ertinya makanan itu just nice. Kalau senyumnya panjang dan tekun menjamah itu maknanya sedap. Siaplah kau... akan ada permintaan untuk datang kali ke 2.... ke 3 hingga rasa jemu.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nanti IM buatlah senarai tempat makan yg ibu suri suka. Bolehlah jadi panduan pada kami pula.....

smbotak berkata...

Betul jugak tu. Dapat jadi panduan kami yang dari luar ni kalau nak menjamah makanan sedap2 kat sana.

❤Kamsiah❤ berkata...

mahal sesangat..jauh berbeza dgn kuala sepetang...mee udang kat sana lagi best...
anak sulung saya pernah pi sekali dgn kawannya kat situ...rasanya mmg so-so saja ..tak berbaloi dgn harga...

mokjadeandell berkata...

saya pun macam ibusuri..suka makan mee.Antara pulau Sayak dgn titi timbul,sedap lagi pulau sayak.Rela pergi mana mana ada orang kata mee sedap.
Blog saya Thru Ups N Down.Mokjadeandell nama kucing saya dan saya suri rumah sekarang..baru perasan blog saya tak dapat dibaca.Akan buat pembetulan nanti.Selamat menjalankan tugas tugas harian.Happy selalu.

shaliza berkata...

udang sekarang ni mmg mahal...nak2 udang saiz xxl....

sud@is berkata...

lawak la n3 IM kali ni.... hehehe

makchaq berkata...

Mahainya depa juai udang...sekilo sampai seratuih lebih..

Makchaq suka mee udang Pulau Aman & Juru.... kat sini & Pulau Sayak tak pernah pulak cuba..

Tanpa Nama berkata...

:) IM melayan kehendak ibu suri dengan sabar. Kasih syg tanpa syarat. Kalau bersyarat.. pastinya unt setiap layanan kehendak tu ada ganjaran pula dari isteri yang diharapkan.

radziah AR berkata...

setuju dgn kamsiah, mokjadeandell, makchaq.

Jay Ar berkata...

Pernah juga rasa mee udang Pulau Sayak. Saja nak rasa sebab terkenal sangat. Tapi tekak saya tak faham erti kesedapan kot, rasa lebih kurang sama dengan tempat lain aje. Dasar tekak saya....?