Selasa, 6 Mei 2014

Penang White Coffee

Bila Akhmal mengadu sakit gigi, ibu_suri kalut suruh aku carikan ubat. Aku yang tengah sedap meletak kepala di bantal, kalau boleh tak mahu berenggang dari kenikmatan itu.

'Biasalah dia tu. Sat lagi hilanglah...' ujarku sambil mata tetap pejam.

Sebenarnya sebelum ini pun dia pernah mengadu sakit gigi dan aku dah bawa ke klinik. Doktor Cina yang masih muda itu beritahu bahawa tidak ada gigi yang rosak. Akhmal mungkin mengalami ketumbuhan geraham bongsu.

Tapi ibu_suri tidak peduli. Di rengkuhnya juga aku supaya bangun. Dalam keadaan mamun begitu aku capai kunci kereta dan memandu ke arah Seberang Jaya. Dalam kepala aku ialah 7E. Dan bila di situ, yang ada cuma ActiFast. Aku sebenarnya kurang gemar pada perubatan cara beli pil di kedai seperti ini.


Akai dialah tu... Terlanjur dah keluar, mesti singgah minum dulu. 

Kat Makbul ni, minum yang paling aku suka ialah Penang White Coffee. Bukan suka sangat pada kopi itu sebenarnya tapi lebih kepada bentuk awan larat pada cawan yang diguna untuk hidangan. Cawan klasik ini membuatkan aku teringat pada abah dan Pekan Slim dimana aku selalu dibawa untuk minum kopi dan makan roti canai. Abah akan menuangkan kopi o ke atas piring yang dalam lekuknya supaya cepat sejuk. Kemudian menghirup kopi dari bibir piring itu. Macam satu nikmat nampaknya.

Ntah kenapa aku tetiba rindu pada tawa abah dan loghat Peraknya yang kekadang aku sendiri walaupun anak sulongnya....tak faham. Muga Allah rahmati abah di alam barzakh sana!


p/s:
Untuk abah, aku ada buatkan satu blog khas dinamakan Sri Mersing.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pun suka cawan tu. Dulu dulu di kedai kopi kampung saya, cawan ini akan dicuci dan direbus dlm air panas setiap kali setelah diguna....

Tanpa Nama berkata...

Hehehee... Sempat lagi menyinggah!

sud@is berkata...

Pernah juga minum air dalam piring bukan masa kanak saja..la ni buat juga ajar anak2 ....

makchaq berkata...

Mak memang tak boleh tengok anak sakit.. belas rasanya.. tambah Akhmal agak manja memang mak2 seronok nak layan

tapi anak makchaq Amir yg sebaya Akhmal lain pulak.. bibir terkoyak pun pi klinik sendiri jahit 6 jarum tak habaq pun, bila teguq muka bengkak baru bagi tau.. klu biasa2 lagi la tak habaq..kadang2 geram jugak

BungaTulip berkata...

Salam Pak IM,
Mungkin Akhmal mahukan perhatian, Doakan arwah Abah Pak IM di sana. bila rindu ingat kembali kenangan bersamanya. itu yang sering saya lakukan bila rindukan arwah bapak

JR berkata...

Kalau sakit gigi bongsu jangan main-main IM. Teringat anak saya 6 bulan lepas kena cabut 4 gigi sekali kerana gigi bongsunya dah berakar kacau gigi lain. Memang memeritkan, bius seluruh tubuh, 3 hari meringkuk di wad hospital. Nak sembuh sepenuhnya ambik masa 2 minggu. Oleh itu lebih baik dicabut di peringkat awal, jangan sampai jadi macam anak saya...