Halaman

Ahad, 4 Mei 2014

Pewangi

Semalam dah kemas depan rumah dan ruang tamu. Depan rumah adalah tempat parkir kereta. Ruang tamu pula adalah sudut ibu_suri selalunya berehat sambil tonton tv tatkala aku di tempat kerja.

Hari ini aku kemas pula dapur dan bilik tidur. Dapur adalah tempat aku selalunya menyediakan makanan dan ubatan untuk ibu_suri sementara bilik pula adalah sudut ke 2 untuk ibu_suri merehatkan badan. Gitulah aku di setiap hujung minggu. Menggilir sudut-sudut rumah yang aku perlu kemaskini. Minggu depan mungkin meja dan bilik sterika baju.

Rumah aku tidaklah sehebat rumah rakan blogku yang aku ikuti lewat tulisan dan gambar yang dipaparkan mereka. Dapur dan ruang tamu aku biasa-biasa saja. Sebab itu aku rasa segan bila ada rakan blog yang mahu mampir.

Tiba-tiba datang ide pula nak letak pewangi di ruang tv. Dalam kereta dan bilik tidur memang dah lama ada. Semua ini aku sediakan agar dia selesa. Bila dia selesa, emosinya akan stabil. 

























Rumah ini sekarang, memang aku sorang saja yang selenggara. Nasib baiklah, aku memang terdidik dari kecil tugasan mengemas rumah dan menjaga adik-adik yang ramai. Itulah sebab agaknya, Allah jodohkan aku dengan ibu_suri yang memang pandai memasak tapi segan nak kemas rumah. 

Nampaknya, anak-anak aku tidak mewarisi kelebihan aku ini. Kesian isteri mereka kelak...

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..usahkan lelaki/suami...wanita pun ramai yg tak kisah..hanya mereka yg punya jiwa yg halus saja suka akan benda2 mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

IM sama mcm suami saya. Kemas rumah memang tip top. Memang kalah orang pompuan...

smbotak berkata...

kebanyakan rumah yang saya kunjung bila ada perhiasan kecik2 macam ni, mesti rumah tu takde budak kecik atau budak tu (anak tuan rumah) tak lasak. nampak kemas je kan...

insan marhaen berkata...

kamsiah,
betul tu. jiwa halus macam IM memang suka pada seni dan kekemasan.

tanpa nama,
tapi IM taklah terel sangat kemas rumah. buat sebab dah terpaksa kerana ibu_suri tak dibenarkan buat kerja-kerja begini demi keselamatan dirinya.

sm botak,
sebab itu bila ada adik beradik datang bawa anak-anak saudara, semua tu kena simpan dalam almari.

Kakcik Nur berkata...

En. Suami kakcik pun rajin kemas rumah. Alhamdulillah. :)

salmiah awang berkata...

untung ibu suri dapat suami yang memahami.tak semua lelaki yang sudi buat kerja seperti ini.

Tapi kalau anak-anak tidak mewarisi kebiasaan IM tidak bermakna isteri mereka bermasalah,jodoh yang Allah s.w.t berikan,insyaallah sudah ada keserasiannya.

kerana setiap manusia ada kelebihan dan kelemahannya.