Halaman

Rabu, 14 Ogos 2013

Kesabaran Seorang Mak

Mak menyuap Ayu  di majlis pertunangan Angah

Aku ambil cuti esok. Bawa ibu_suri pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan susulan di Unit Psikiatrik. Selang 4 bulan aku perlu bawa dia berjumpa doktor. Biasalah kalau dah ke hospital kerajaan ni, tak tentu tempoh masa rawatannya. Lebih banyak menunggu dari berjumpa doktor.

Lepas jumpa doktor kena pi ke Unit Farmasi untuk ambil ubat. Satu penungguan lagi. Selalunya aku akan baca Harakah untuk isi masa menunggu. Kalau terlupa beli, boleh tertidur di kerusi.

Dah lebih 5 tahun rutin aku begini. Sesekali fikir memang terasa jemu. Tapi bila 2 kali fikir, ini dah menjadi tanggungjawapku. Kalau tidak aku yang memikulnya, siapa lagi.

Mujur juga Tuhan jadikan aku sesabar ini. Secekal ini. Kalaulah aku ini jenis panas baran atau jenis tak mahu memikul beban, kemungkinan kebajikan ibu_suri terabai. Maka, apa yang akan berlaku tak boleh dibayangkan.

Aku bersyukur kerana mewarisi kecekalan dan sabar mak. Aku selalu bayangkan bagaimana mak begitu sabar menjaga abah yang semasa aku masih bersekolah rendah telah menghidap Schizophrenia. Lebih hebat mak aku ini ialah mampu menjaga abah dan anak-anaknya 6 orang. Dan aku hari ini seolah-olahnya mengulangi sejarah lama hidup mak!

Justeru itu, bila balik kampung Raya bebaru ini, aku memeluk mak sambil berbisik ke telinga mak meminta ampun dan maaf kerana tidak mampu menjaga sepenuhnya mak yang kini lumpuh sebelah kiri badan.

Bila aku bersaorangan di kereta, aku terbayangkan wajah mak yang jarang menunjukkan riak sedih atau  keluh kesah dalam menjalani hari-hari kosong dan tidak berwarna. Dari pagi hingga ke petang dan masuk ke malam, mak hanya duduk di tilam tanpa boleh bergerak jauh keluar rumah.

Aku selalu berdoa pada Allah agar mak dan abah akan diampunkan dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di akhirat kelak!

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

GH...nak menunggu...nak jumpa doc..tunggu amik ubat..nak cari parking pun...semuanya memerlukan kesabaran..

Kakcik berkata...

Ibu tetap ibu...biar resahnya tiada yang tahu, kebajikan suami dan anak2 itu yang didahulu...

hrusli61 berkata...

Sebahgai anak yang ingin berbakti kepada ibubapa buatlah semampu boleh. Jika mereka telah tiada, doakan selalu dan jika mereka masih ada jagalah kebajikan mereka. Ruang waktu itu mungkin tidak seberapa lama jika dibandingkan masa mereka menjaga kita dahulu.

Jika berpeluang ziarahlah mereka mengikut jadual yang manasabah dan jadikan ianya rutin hidup. Jika tiada berpeluang talioponlah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

insan marhaen berkata...

kamsiah,
IM dah biasa dengan penungguan ini. Sebelum pergi, IM dah set ke dalam minda bahawa kena bersikap santai dan tak perlu tergopoh gapah.

Bawa ibu ke unit rawatan juga perlu sabar sebab ibu_suri berjalan perlahan dan kena pimpin perlahan juga menaiki tangga. kalau dia merungut, kena pujuk dengan sabar juga.

kakcik,
ya... sebab itu IM tabik pada mak IM. Kesabarannya memang tinggi selama menjaga kami dulu.

hrusli61,
ya.. IM setkan dalam jadual hidup untuk cuba balik kg ziarah mak 2 minggu sekali. bila balik, IM akan peluk mak erat-erat tanda kasih IM...