Halaman

Rabu, 28 Ogos 2013

Pengorbanan Ayah...3

Pukul 4 pagi semalam, orang mengetuk pintu rumah. 2 orang. Lama juga berbual. Jiran. Kawan-kawan Akhmal juga. Seorang tu polis bantuan. Sebelum jadi polis dia pun macam Akhmal. Dicekup kerana memiliki sebekas syabu. Anak sungai lagikan berubah, kan!

"Kami kesian tengok pak cik. Tu yang kami nak tolong." dan bla..bla..

Aku kemudiannya ke bank. Tak tahu ada ke mesin ATM yang beroperasi subuh sepi'e begini. RM800 dimahukan untuk tebus semula barang yang telah dijual kepada seseorang. Tapi Akhmal tidak dapat satu sen pun sebaliknya duit itu lesap ke poket kawan lain.

Aku benarkan ibu_suri untuk ikut kerana aku perlukan sokongan moral dari seseorang. Dalam kereta, aku terpaksa ceritakan hal yang sebenarnya. Dah tak boleh berselindung lagi. Alhamdulillah, ibu_suri mendengarnya dengan positif. Inilah 'kebijaksanaan' aku sebenarnya. Tahu bila perlu menyorok dan bila boleh berterus terang mengenai berita yang tidak baik untuk di dengar oleh ibu_suri. Maklumlah, dah 30 tahun hidup bersama. Masak.

Aku panggil Angah datang membantu. Memang kesian juga pada dia terpaksa bersekang mata. Tapi siapa lagi nak kuharapkan selain dia yang punyai tenaga muda.

RM800 bukannya sedikit untuk aku hambor begitu saja pada orang. Terpaksa taruh kepercayaan.

"Inilah sebenarnya pengorbanan seorang ayah yang banyak anak tidak nampak. Kamu dulu pun lebih kurang begini juga. Airmata ibu pernah menitis ke pinggan nasi gara-gara kamu lari dari rumah. Sekarang kamu dah besar panjang. Ayah terpaksa berdepan dengan kerenah Akhmal pula."

Di sembahyang Subuh, aku bersujud panjang. Terima kasih kepada Tuhan kerana membuka sikit jalan untuk Akhmal tidak disabitkan dengan kesalahan ini. Tak pasti jalan ini akan sampai ke mana.


4 ulasan:

ANIM berkata...

Tak tahu nak ulas apa IM...kaku nak menaip. SABARlah....

smbotak berkata...

mujur ada angah...

pada saya, makin lama usia perkahwinan makin kita kenal selok belok pasangan. bila masa nak berlindunng dan berterus terang. bukan maksudnya nak menipu, tapi tangguhkan dulu kebenaran. untuk kebaikan...

moga sentiasa ada orang di sekeliling nak membantu...

Jay Ar berkata...

Saya selalu terkedu bila membaca catatan2 begini. Tak tau nak ulas. Berat mata memandang pasti lagi berat hati yg menanggung.Cuma semoga suatu masa kematangan anak-anak kita akan mengembalikan mereka ke landasan kebenaran...

insan marhaen berkata...

anim,
komen pun sudah cukup baik buat IM. Buat masa ini IM masih kuat dengam sabar. Itulah kelebihan IM yang Allah kurniakan...

smbotak,
orang keliling IM adalah anak-anak dan ibu_suri. Walaupun cuma sorang dua itu, cukuplah bagi IM sebagai penguat semangat.

JR,
IM memang selalu berdoa muga-muga kesemua anak-anak IM satu hari nanti akan membaca tulisan-tulisan ini dan mengetahui betapa IM sebenarnya mengasihi mereka dan berusaha menjadikan hidup mereka adalah sebaiknya...