Selasa, 27 Ogos 2013

Hujan Belum Reda...2

Di tempat kerja, fikiran aku agak terganggu dengan dugaan yang aku depani sekarang ini. Akhmal terlibat dengan kes jenayah yang baru serta saman dari mahkamah Butterworth. Jatuh ditimpa tangga. 

Sementara menanti waktu Zohor masuk, aku tidur di surau. Selesai itu, minum secawan kopi bersama rakan sekerja di kantin dalam 15 minit. Kemudian masuk semula ke lokasi kerja. 

Aku termenung mengadap komputer. Otak serabut.

Aku buka lagu ini  - InsyaAllah, Lawka Bainana, Waiting For Your Call , Open Your Eyes  yang memang ada dalam desktopku . 

Mendengarnya dengan pandangan kosong  ke arah monitor.Aku tarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam.  Belum reda juga hujan petang ini....

3 ulasan:

Unknown berkata...

Sdr IM,

Saya tercari-cari satu ungkapan yang lebih mujarab dari ungkapan klise (suruh saudara bersabar) yang dapat menunjukkan ' paha tuan yang dicubit, paha kami juga terasa sakitnya' seperti yang dituntut dalam beragama.

Tanpa tuan sedari bahawa jati diri tuan menghadapi musibah sebenarnya jauh lebih kuat dari sebilangan kami. Dalam menghadapi masalah dilihat tuan masih mampu melakukan kerja-kerja baik samada untuk ahli keluarga, siasah dan agama.

Luah-luahan, keluhan-keluhan dan kekuatan tuan menyantuni hidup banyak yang dapat dipelajari dan dijadikan peduman oleh penjenguk blog tuan.

Sebagai saudara seagama saya berdoa semoga tuan di bawah kasih sayang Allah di kala menghadapi ujianNya.


faizah berkata...

Sy doakan Allah memberi ganjaran yang besar dengan kesabaran IM menghadapi kehidupan. Amin..

myfingertips berkata...

Allah SWT berfirman : “Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. (Al Furqaan: 75)

faizah