Buat hal lagi kamu ni, Akhmal. Malah lebih menyedihkan, ketika ini kamu masih dalam parol.
Bukan kamu saja yang sekarang ini hidup dalam ketakutan dan serba payah malah ayah sendiri terjerumus dalam keresahan yang tak keruan. Takut dan kosong. Mujur juga Angah ada menjadi teman.
Juga, resah untuk berdepan dengan ibu_suri ini. Bagaimana perkataan yang elok boleh ayah susun kan
Letih ayah ini, Akhmal. Letih... Terlalu letih kerana ianya seperti tak berkesudahan. Seperti sia-sia segala usaha ayah selama ini hendak memperbetulkan jalan kamu.
Cuma masih ada Tuhan tempat ayah mengadu dan bergantung harap . Itupun, sesekali persis kesaorangan sahaja rasa ayah dalam mengemudi sampan di tengah lautan yang kekadang tenang dan kekadang ganas ini.
Dalam sujud terakhir ayah berdoa pada Tuhan muga kamu dan ayah diperuntukkan jalan yang lurus dan damai!
1 ulasan:
Akhmal oh Akhmal. Tidak kasihankah kamu pada kedua orang tua mu walaupun sekelumit? Sabarlah Pak IM
Catat Ulasan