Halaman

Sabtu, 27 September 2014

Gula Stevia



Semalam aku bawa ibu_suri jalan-jalan di Sungai Petani. Sana, ibu_suri suka singgah makan di kedai Tom Yam kat Tikam Batu. Selalunya ibu_suri order nasi paprik ayam. Tak lupa solat di masjid tak jauh dari Sekolah Islah, tempat Along belajar dulu. Macam biasa, ibu_suri sembahyang di dalam kereta.

Lansung pergi ke Hasani Book Store tengok-tengok buku dan cd. Kemudian ke Fatimah Bakery - beli maruku dan kuih kapal terbang. Aku suka jamu mata melihat barangan muslim yang tak pernah dilihat di mana-mana pasaraya biasa.

Aku tertarik dengan kotak gula stevia dan teh herba jenama Hemani yang ditulis sebagai berupaya mengawal kandungan gula dalam badan. Beli 1 set untuk mencuba.

3 ulasan:

JR berkata...

Saya mengawal kandungan gula dalam darah dengan melakukan joging secara berkala (setiap hari 6 km dari hari Ahad hingga Khamis). Semoga sebahagian gula yg diambil akan dibakar melalui joging itu. Baru-baru ini buat ujian darah di klinik kerajaan, bacaannya baru 5.1. Alhamdulillah....

Nor Azimah berkata...

bolela cuba, cuma kena cari yang rasanya sedap, kadang ada yang rasanya melekat sangat kat lidah.
Banyakkan minum air kosong, kalau dapat air alkali lagi bagus.

Etuza berkata...

alhamdulillah nampak family solehah nii jaga solat.Alhamduliullah..http://madey09.blogspot.com/ kenal kan blog Etuza ya..datang tau