Jumaat, 26 September 2014

Qurban


Jumaat tadi, diumumkan Sabtu malam ada mesyuarat tentang program Qurban di masjid. Ini kali pertama aku cuba untuk hadir selama bermustautin di sini. 

Sejak tidak lagi bekerja, aku mula dapat merasakan hubungan bermasyarakat. Berjamaah bersama, gotong royong, dengar kuliah dan hadir di jemputan majlis doa selamat. Macam masa aku kecil-kecil dulu di kampung.

Bila adik aku yang tinggal di Shah Alam menalipon tadi, aku beritahu bahawa aku mungkin tak balik kampung awal seperti Raya Haji sebelum ini. Walaupun aku tahu ini akan memberi sedikit kesan pada mak, tapi aku pun agak mak akan faham, kenapa. InsyaAllah... mak, aku akan balik juga bila semua dah selesai.  

6 ulasan:

JR berkata...

Semoga ibu IM memahaminya....

NzA berkata...

Saya pn mungkin tak balik sebab cuti Raya Haji cuma sehari....berbezadi Kelantan, mereka cuti 1 minggu.

Murni Alfathunnisa berkata...

IM dah tak kerja? Owh, banyak cerita saya tertinggal..

ANIM berkata...

2tahun balik raya haji di johor, tahun ni saya tak dapat pulang juga, IM. cuti hanya 2 hari..

in sha Allah, mak IM akan memahami bila IM jelaskan sebabnya

insan marhaen berkata...

JR,
Ya.. IM percaya mak IM ok...

NzA,
Kenapa Penang tak besarkan Raya Qurban, ya. kan best!

Murni,
Dapat Vss dah hampir sebulan. Seronok juga tak kerja ni. Tak tension pasal audit dah...

ANIM,
IM pernah pergi Johor. Best juga dapat bercampur dengan geng Rawa..

Etuza berkata...

http://madey09.blogspot.com/ tuntutan ibadah qurban menyucikan jiwa..memberkatkan rezeki..