Halaman

Rabu, 24 September 2014

Lampu LED


Setiap kali aku mengadap laptop waktu malam, ibu_suri pasti akan mencecer kerana cerah lampu dan bising lagu membuatkan dia tidak boleh memicing mata. Sudahnya, aku terpaksa memendam rasa dan memaksa diri meraba-raba dalam samar cahaya skrin laptop untuk terus berblog tanpa hibur.

Petang tadi aku ke kedai komputer belakang Pacific Mall, Perai membeli lampu LED untuk laptop. Murah je... 5 ringgit.

Dan aku cari balik earphone yang diberi percuma bersekali dengan handset yang aku beli dulu. Alhamdulillah, boleh guna untuk laptop juga rupanya.

Hummm... beristerikan wanita seperti ibu_suri ini banyak mengajar aku erti sabar, berlapang dada dan bertindak secara win-win situation.

Jadi la ni... aku boleh menulis dengan selesa dan ibu_suri pun mendapat dengkuran yang aman. 

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya seorang yg suka suasana sunyi sepi...ketika berseorangan kat rumah..tv,radio langsung tak on...saya rimas...
bila mengadap pc...saya off kan sound..

bila suami mengadap tab nya dibilik tido...saya paksa dia gunakan ear fon..

Kakcik Nur berkata...

Alhamdulillah...persefahaman itu membawa kedamaian... InsyaAllah. :)

JR berkata...

Saya juga rasa tak selesa jika menulis dalam keadaan bising. Sebab itu bila mengadap laptop saya akan off speakernya...

mama maman aka yana berkata...

sabar itu byk hikmahnya kan IM... alhamdulillah setiap masalah ada penyelesaiannya.. ;)

NoorVictory berkata...

Assalamualaikum..

Eh, IM! Dah lama saya cari. Tukar blog baru ya? Harapnya IM dan ibu suri sentiasa sihat-sihat sahaja :)

NoorVictory berkata...

Assalamualaikum..

Eh, IM! Dah lama saya cari. Tukar blog baru ya? Harapnya IM dan ibu suri sentiasa sihat-sihat sahaja :)