Halaman

Ahad, 28 September 2014

Dhuha


Alhamdulillah... ibu_suri sekarang sudah mula tahu solat Dhuha. Setiap kali ada di rumah, dia tak lupa untuk mendirikannya.

Ini juga atas kesabaran aku memujuk dan menunjukkanya cara paling sesuai paling mudah mengerjakannya. Ujarku, buat yang rukun sahaja pun sudah cukup. Selagi mana ianya ikhlas, tertib dan cermat, insyaAllah... solat itu akan diterima Tuhan.

Sejuk hatiku mendengarnya bila tanpa aku bertanya dia memberitahu bahawa dia sudah pun bersolat Dhuha semasa aku pergi riadah tadi.

Hik... Aku sebenarnya ambil kesempatan bilamana ibu_suri masih tidur, senyap-senyap capai kunci kereta. Hari ini sasaran aku untuk berjalan sejauh 6 pusingan berjaya. Bukan apa, jealous bila blogger JR beritahu dia selalu berjogging 6 km sehari.

Selesai riadah aku terus buat solat Dhuha di surau kompleks MPSP itu. Kemudian baru singgah minum di kedai tepi Masjid Kubang Semang, macam selalu...!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Teringat lempeng kelapa yang kakcik makan dulu...

Kakcik Nur berkata...

Bukan lempeng kelapa tapi lempeng pisang yang berharga RM1 tu...

Nor Azimah berkata...

Alhamdulillah, moga ibu-suri makin pulih, mungkin itulah hikmahnya IM berenti kerja kot...

JR berkata...

Sebenarnya 6 km joging yg saya buat tu bukan joging berlari tak henti-henti seperti ketika muda-muda dulu. Tapi sejejar dengan peningkatan usia, apa lagi kaki pun ada sedikit masalah (keretakan tulang), joging saya sekarang lebih kepada joging lelaki veteran - berjalan selaju mungkin, ala-ala big walk. Apa yang penting hampir setiap hari beriadah, bila tak lakukannya sehari rasa ketagih pulak...

smbotak berkata...

Bang IM, masjid tu sebelahnya ada stesen minyak mobil (selepas jambatan) ke?

insan marhaen berkata...

Kak Cik,

Kalau lempeng yang kita makan hari tu di Tanah Liat dipanggil peknga. ianya memang dicampur kepala.

Nor Azimah,
ibu-suri memang kena diajar/terangkan secara pelan-pelan dan sabar. Ini kesan dari stroke yang dialami,

JR,
Hmmm... IM pun dah semacam ketagih nak riadah seiap hari walaupun badn rasa sakit-sakit.

sm botak,
memang betul masjid berbumbung hijau.