Halaman

Ahad, 25 Ogos 2013

Fardhu 'Ain


Tidak banyak yang aku perbuat di cuti hujung minggu ini. Sekadar kemas dapur, masak tengahari dan bersihkan luar rumah. Harap-harap sebentar lagi aku boleh bersihkan kamar ibu_suri di samping bersama pergi ziarah ibu_suri di Taman Buah Pala.

Masa balik dari riadah di Tasik Mengkuang tadi aku singgah minum di kedai makan Semarak seperti selalu. Lokasinya berdepan dengan tapak projek baru pembesaran Tasik Mengkuang yang kontraktor utamanya adalah Syarikat China International Water & Electric Corp. Pekena kopi radix ori dan sekeping roti canai.

Teringat minyak masak di rumah dah habis. Perlu beli demi kemudahan Akhmal memasak tengahari esok di kedai runcit yang berkembar. Sambil bayar aku ambil kesempatan bertanya khabar kepada peruncit yang aku percaya bapa mertua kepada penebar roti canai.

Bercerita pasal kesihatan lansung melarat pasal anak remaja dan masalah sosial yang membarahi masyarat Melayu. Dia mengakui bahawa kelemahan masyarakat Melayu dalam ekonomi bukan disebabkan oleh kejayaan bangsa Cina tetapi kerana kelemahan kita sendiri. Contohnya; bangsa Cina bangun awal pagi untuk memulakan perniagaan sedangkan bangsa Melayu...?

Akhirnya rawit hingga ke sistem pemerintahan negara kita yang satu-satunya kita masih miliki sepenuhnya. Di sini benarlah telahanku bahawa peruncit ini bernaung di bawah bendera warna apa. Tapi tak mengapa kerana aku bukan sangat berbangga dengan warna bendera. Aku lebih bersikap pemikiran jamaah yang aku ditarbiyah selama ini.

Sebenarnya dakwah bukan mengira warna kulit dan warna bendera. Dakwah kekadang perlu dalam kelompok bangsa kita sendiri apatah lagi di luarnya. Dakwah bukan kerja kifayah akan tetapi kerja 'ain. Dakwah kekadang tidak perlu dengan ceramah di pentas tetapi lebih berkesan melalui cara kita berbual dan mendekati  sesorang semasa melayan pelanggan. Pun, melihatkan cara pemakaian peruncit itu, aku menggeleng kepala.

Tapi satu perkara - Akhmal tidak balik sejak semalam! Bimbang...

9 ulasan:

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah kerana mampu buat apa yang dirancang. Bagi aku banyak aktiviti jamuan. Tadika Amal Rintis, Surau Taman Pelangi, HALUAN dan lain-lain. Terasa akan tanggung-jawab menghadiri jemputan dan hajad orang.

Temuk berkata...

Semoga IM dan ibu_suri sihat sejahtera.

Berbual dengan orang-orang biasa di luar sana kadangkala banyak memberi kita ilmu dan pengetahuan, mengenai negara dan bangsa. Pak Temuk suka dengar bebelan pemandu teksi, penggunting rambut, pekedai runcit dan mekanik yang dah biasa dengan Pak Temuk. Tak semestinya kita selalu setuju dengan mereka.

ku-cit berkata...

hope akmal da blk da hari ni....

Kakzakie berkata...

Begitulah IM iman bukan kerana berdasar di bawah bendera mana ianya bernaung tapi tarbiyah itu kena tak kira janji ianya melibatkan aqidah.

Ujian mesti ada selagi hidup kan IM. Harap Akhmal dah balik..

TiranaAduka berkata...

salam im
Singgah sejap je ni,pe pun ta...harap semuanya ok ok je

ANIM berkata...

harap-harap Akmal dah balik...sungguh, kebimbangan ini datangnya juga dari seseorang yang bergelar ibu

mama maman aka yana berkata...

singgah sini..

risau bila sang anak tak pulang2.. sama risau ngan suami suka kuar malam.. melepak.. huhu

Jay Ar berkata...

Saya kalau lepas riadah rasa seram nak makan roti canai. Ya lah...dah pergi bakar kalori beratus2 masa riadah lepas tu suntik pula kalori beratus2 dalam roti canai, rasa sayang pulak...

makchaq berkata...

Harap akhmal dah balik dan x dak apa2 jadi..

Makchaq selalu jugak dok pikiaq, awat la remaja kita senang sangat terpengaruh dgn benda x elok..

minggu lepas anak sepupu makchaq kena cekup dlm bilik kat rumah, umuq baru 16, kawan yg kena cekup sekali tu jumpa heroin dlm pocket, kat dia jumpa pil, lepas tu dlm bilik jumpa ayaq ketum....