Cuti hujung minggu memang selalu aku nantikan untuk beriadah di Tasik Mengkuang. Bagi aku bila riadah berjalan di tepian tasik bersuasanakan hutan dan bukit dapat melonggarkan keserabutan fikiran setelah seminggu bekerja.
Sambil berjalan aku kekadang bercakap sendirian tentang kelemahan diri yang perlu diperbetulkan. Berpeluang berfikir tentang mereka di Palestin, Syria atau Mesir. Aku juga kekadang bercakap sendirian dengan 'ibu_suri'; dengan 'Akhmal'; dengan 'Along' atau dengan 'Angah'. Bercakap begitu lebih mengesankan kerana aku boleh luahkan semuanya tanpa hijab kepada mereka. Luahan itu sikit sebanyak melegakan dada walaupun sebenarnya mereka tidak mendengar. Hari ni tak dapat nak pakai baju T Palestin sebab baru basuh malam tadi.
Balik, aku singgah market Penanti. Akhmal bertanya semalam samada aku memasak tengahari ini atau tidak. Check kat ATM, gaji tak masuk lagi. Parah sungguh aku bulan ini bahana perbelanjaan untuk Raya. Along, Angah atau Akhmal - kalau pun tahu susah aku ini tak sama seperti mana aku yang merasai. Jauh sekali ibu_suri - tak pernah aku beritahu susah yang ini.
Aku cuci dapur, basuh pinggan mangkuk, kemas meja dan kabinet. Terasa sakit kaki juga dek berdiri lama. Sesekali ibu_suri memanggil aku bertanyakan makanan dah siap ke belum. Lapar, katanya.
Sesekali juga dia panggil aku dan berkata.. sori abang! I tak dpat tolong you buat kerja. Kenapa dengan I ni, ya? Aku hanya menjawap... Tak ngapa. Abang kan ada!... lalu kemudian sengaja alih topik - Nak abang mandikan, tak?
Hari Sabtu biasanya memandikan ibu_suri persis orang mandi wajib. Akan syampu rambut, basuhkan keseluruhan badannya dengan sempurna. Menukar tuala, vakum dan mop bilik tidurnya. Hati aku terasa senang bila semua itu dapat aku buat sebaiknya.
Hemm... kalau petang ini gaji masih belum masuk, nampaknya aku terpaksa taici jika ibu_suri ajak aku ziarah mak abahnya di Taman Buah Pala sepertimana selalunya setiap hujung minggu. Aku pasrah saja!
7 ulasan:
Begitulah Allah menguji hambaNya yang disayangi....Muga Pak IM terus bertabah hati.
Dah lama saya tak beriadah..bukan sibuk, tapi nak mulakan tu punyalah susah....
Semoga IM terus tabah hadapi segalanya..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul bebanan...
Selamat hari raya IM..Hmmm banyaknya kisah IMyg saya dah ketinggalan. Nanti saya baca pelan2. Semoga Allah sentiasa mencukupkan kekurangan IM.
kesan kemalangan dulu, saya dah tak boleh buat aktiviti lasak lagi. jadi, riadah terhampir cuma mengail je la. hahaa... minggu ni ada projek mengecat rumah pulak. harap peluh yang keluar ni cukup...
Tanpa Nama,
Terima kasih atas doa!
MP,
Thounsand miles begins from single step.
Norhaizan Hakim,
Terima kasih atas doa. Juga kerna sudi baca coretan IM...
smbotak,
riadah tak semestinya beraktiviti lasak. kemas rumah pun riadah juga. 2 in 1 lagi..
Makchaq riadah dalam rumah ja selalunya... naik turun tangga 2 3 kali sehari... kira ok la kan...
bercakap dgn diri sendiri..biasa saya lalukan...lps tu akan rasa tennag...tp kena pada ketika dan tempat yg betul ..:)
Catat Ulasan