Sebenarnya dah 3 hari ibu_suri tak boleh tidur. Malam tadilah baru kantuknya itu datang. Jadi selalunya, bila ibu_suri dah mula boleh tidur, aku biarkan. Hujan pula di luar.
Hinggalah hampir tengah hari, baru ibu_suri terjaga sendiri.
"Hah.... Dah 11 lebih... Tak balik kampung ke?"
Walaupun dah lewat dan hati ini berbolak balik untuk ke kampung atau tidak, aku terus saja membawa beg masuk ke kereta. Ntah berapa jam sangatlah aku boleh berada di kampung. Lepas Maghrib perlu balik semula ke Penang. Namun demi kerana mau ziarah mak, aku terus saja memandu tanpa mahu mengejar masa. Biarlah... relaks saja memandu.
Sampai di rumah, adik-adikku sedang sibuk memecah bilik air mak. Rupanya, mereka baru saja selesai membuat lantai papan di atas lantai simen di bilik mak. Mak gaduh sejuk bila duduk di lantai terutama malam atau bila hujan dan bila nak mengesot untuk ke bilik air. Aku pun perasan hal itu sebenarnya tapi tak terfikir pun supaya dibuat lantai kayu. Bagus juga idea depa ni, bisik hatiku.
Bengkang Kemboja - makan bersama mak...
Aku tak tolong sangat. Lebih kepada menjaga ibu_suri dan ziarah adikku Niza yang baru saja menjalani kimoterapi. Baru aku faham akan proses kimoterapi yang dibuat atas kes seperti Niza.
Seperti biasa, mak akan bertanya;
"Kamu tak cari lagi ke jodoh Along tu?"
Alahai mak..... Along tu, tak tahulah saya mane nak muat nyer... Kalau ada jodoh dia tu nanti, sampe ler kad kendughi nyer.....
8 ulasan:
sebenarnya, zaman sekarang ni saya masih lagi percaya dengan jodoh yang ditentukan keluarga. hehehee...
nanti jgn lupa jemput saya juga..:)
InsyaAllah moga Along cpt brtemu jodoh......
Adik IM kena cancer ke????
membaca entry buat saya malu kerana banyak perkataan yang baru saya pelajari :-))
Suruh anak deme mandi bunge lee.
Tapi anak jantan sulong teman pun serupe aje.
Lelaki blom btemu jdoh bukan spayah kes ppuan yg berat jodoh...bil ppuan jauh lbh ramai dr lelaki
Kawin bukan boleh dipaksa, bila tiba waktu dan Allah izinkan ia akan datang sendiri....
Mmg betulla cara I'm tu dgn x kejutkn ibu suri yg sdg lena..mmg gitulah yg kena buat pd org yg de masalah tdo mlm..bila siang dia tdo..jgn diganggu tdo nye...sy sdripun kalau rsa takut mmg xblh tdo gak spjg mlm lbh2 kalu sorg.mjelang subuh bru ok
Catat Ulasan