Halaman

Isnin, 27 Mei 2013

Sabarlah... Along!

Makin besar Along ni, bisik hatiku bila melihat dia memasuki Steyen Keretapi Bukit Mertajam. Gaya jalan, makan dan raut muka memang mirip aku.

Along
Cuti Hari Wesak yang sama diraikan oleh Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang buatkan mudah untuk dia balik ke taman (tiada lagi istilah balik kampung).

Selama 3 hari itulah aku bawa dia balik ke rumah opahnya di Kampung Kepayang dan berjumpa mak toknya di Taman Buah Pala.

Malangnya, bila setiap kali dia ke rumah opah maupun ke rumah mak tok, dia pasti akan disogok dengan soalan;

"Hang bila lagi, Along? Tak dak marka lagi ka?"

Aku selalunya berbuat seperti tidak dengar. Malah memang tak mahu dengar. Aku tak sanggup berkongsi perasaannya bila diasak dengan soalan sama setiap kali balik. Walaupun wajahnya bersahaja tetapi   aku tahu dia sembunyikan di dalam hati. Along seorang yang penyimpan. Apa yang ada di dalam hatinya sukar digali. Tidak sama dengan Angah yang boleh dibaca dari raut wajahnya.

Aku kenal anak aku. Aku tahu sejauhmana perasaan dan persiapan dirinya dalam meniti umur 20an. Bagi aku, jika ditakdirkan ada jodohnya, adalah gerak dari Tuhan. Tidak boleh samakan dia dengan Angah.

Walaupun ladang tempat mereka ditumbuhkan itu sama, tapi mungkin musim dan bajanya berlainan. Ditakdirkan tumbesaran mereka itu sedikit berbeda.

10 ulasan:

ANIM berkata...

insyaAllah along, ada jodoh tak ke mana..masanya saja belum tiba..

sama jugalah, 10 tahun saya dirikan rumahtangga, terasa juga bila diasak soalan, "bila nak mengandung ni"

selepas 10 tahun, Allah kurniakan 2 zuriat. diasak lagi "2 saja ke?"

moral : mulut orang tak boleh ditutup

smbotak berkata...

memang orang kita gemar menyoal perkara yang obvious. kalau masih single, ditanya "hang tak kahwin lagi ka?". kalau belum ada anak, ditanya "belum ada isi lagi ke?"

agak merimaskan, ubatnya cuma perlu bersabar...

❤Kamsiah❤ berkata...

dengar dan senyum ja...lagi kita menjawab,lg banyak pulak yg ditanya..

makchaq berkata...

Ala makchaq dulu kawin awai pun orang teguq jugak..

Awainya kawin.. rugi tak dan enjoy..

Bila dpt anak...
muda dah ada anak..patut enjoy la berdua dulu..

Saja kot depa nak buat modai bersembang.....

Jay Ar berkata...

Kdg2 jodoh terlewat ada hikmahnya. Hanya Allah yg Maha Tahu....

Ibu n Abah berkata...

IM
Insya Allah..
Along anak lelaki... Tidak perlu kuatir...
Anak perempuan tunggu org pinang
Anak lelaki, bila2 jer boleh meminang jika dah berkenan...

Anonymous one berkata...

hurmmm sama nasib nak kata apa lagi hahahaha..

saya buat masa ni pun xnak kahwin lagi.. banyak tanggungjawab dan kelemahan diri.. kadang2 fikir xnak kahwin langsung eheheh...

Anonymous berkata...

Cewaah.. ni mesti juai mahal ni :-)

hrusli61 berkata...

Orang memberi teguran kita terima seadanya. Bagus juga kerana mereka meneliti dan mengambil berat. Mengapa kita perlu fikir yang negatif sahaja?

Tidak mahu khawin tidak boleh berniat begitu kerana bila tiba masa kita akan ikut sunnah Nabi saw ini. Banyak tanggung-jawab bagus kerana banyak ganjarannya. kelemahan diri sentiasa ada untuk kita perbaiki.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Selagi boleh bertanya, orang akan tetap tanya.

Sebelum kawin orang tanya bila nak kawin. Dah kawin orang tanya bila pulak nak dapat anak.

Apa nak buatkan.