Halaman

Isnin, 2 September 2013

Bukan Terlalu Lambat


Semasa turun dari lif ofis untuk ke surau sembahyang Asar, aku sempat menegur seorang apek yang kerjanya mencuci mesin pengeluaran.

"Lu umur berapa sekarang?"

"56"

"Waa.. masih muda. Lagi sihat."

"Muda ka?"

"Ya la... Kalau umur 60 baru la tua. Warga emas."

Apek itu senyum. Rambutnya yang putih jatuh ke depan ala-ala David McCallum mengingatkan aku pada siri  The Man From UNCLE.

Aku kemudiannya memandang ke cermin luar. Langit mendung. Aku teringat pada umurku sendiri. Tak lama lagi aku akan menjejakkan kaki ke usia apek itu. Tak boleh lari ke mana. Masa itu akan tiba.

Aku teringat kata-kata bahawa: Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok belum pasti.

Walau apa pun kesilapan lalu yang telah berlaku, aku tidak akan dapat memperbetulkannya semula. Sebaliknya hari ini adalah peluang terbaik untuk aku tidak sia-siakan. Walaupun sudah terlambat tetapi bukanlah terlalu terlambat.

Masa yang banyak telah pun pergi. Masa yang sikit sahaja yang masih aku ada. Walaupun sesekali terasa beratnya langkah, sakitnya kepala atau berbalamnya pandangan mata... aku tidak ada pilihan lain melainkan terus juga berjalan. Apa juga bebanan aku tetap kena pikul.

Aku sebenarnya masih beruntung kerana mempunyai nafas dan kesempatan!

9 ulasan:

NzA berkata...

Yang pasti semalam adalah kenangan, hari ini adalah realiti dan esok belum pasti. Semoga Allah memberi kesempatan lagi untuk bernafas pada esok hari...

Jay Ar berkata...

Apa pun mati tetap pasti. Dan sisa-sisa masa utk mendapat sebanyak mungkin pahala dan mengurangkan dosa seperti kian berkurangan...

smbotak berkata...

perlunya kita mengabdikan diri pada tuhan selain berdamping dengan orang tersayang sebaik mungkin. saya pun sebenarnya bukan muda lagi...

Kakcik berkata...

Alhamdulillah...masih ada waktu buat kita. :)

Kakzakie berkata...

Kita memang selalu merasa semakin tua tapi mereka yg diatas usia kita mengatakan kita muda... masih ingat itu lebih baik dari yg terus tak ingat kan IM...

❤Kamsiah❤ berkata...

yg pasti..semakin hari kita semakin hampir dgn kematian..

hrusli61 berkata...

Mereka yang bijak diantara kamu ialah yang paling mengingati mati.

ANIM berkata...

la ni pun kalau ke mana-mana,orang tak panggil kakak@abang, panggil mak long, pak long...
sekurang2nya itu mengingatkan saya yang saya semakin tua, IM...

insan marhaen berkata...

NzA,
setiap malam ada harapan. setiap pagi ada peluang.

JR,
IM baru saja berfikir tentang itu tadi... mati akan tetap kita hadapi. tak dapatkan rasanya bagaimana...

smbotak,
kita semua tak akan muda selamanya tetapi jiwa mesti selalu dimudkan supaya dapat menggarap peluang untuk beramal.

kakcik,
setiap pagi bila terbuka mata, maknanya masih ada waktu untuk kita.

kakzakie,
bila susah kita ingat tetapi bila senang mula terlupa.

kamsiah,
itulah yang membimbangkan. tak tahu bila masa kita itu akan tiba.

hrusli61,
sayangnya, yang selalu kita ingat ialah bagaimana untuk teruskan hari esok.

anim,
sama la kita. terasa diri ini sedang menggantikan generasi mak bapa kita dulu.