Halaman

Ahad, 1 September 2013

Ikhtiar


Antara usaha lain aku dalam merawati ibu_suri serta Akhmal adalah dengan memasukkkan unsur-unsur perubatan rohani melalui minuman.

Sebenarnya, aku sudah lama dengar tentang khasiat  Rx Water. Hanya baru hari ini terfikir untuk mengamalkannya sebagai minuman harian ibu_suri. Air ini diberitakan baik untuk merawat diabetes dan hipertensi. Stoknya mudah di dapati samada di kedai makan Semarak tidak jauh dari Tasik Mengkuang atau kedai makan tepi Masjid Kubang Semang. Sebotol 0.5 liter cuma RM2. Alternatif yang lebih baik dari minuman jenama Cactus atau Spritzer itu, kan?

Untuk Akhmal pula aku belikan air syifa' yang banyak dijual di kedai Halalan Thoyibban seperti kat Kompleks Ayam Ory di Kubang Semang. Hat ni mahal sikit sebab ianya berasaskan konsep membeli sambil menderma. Botol kecil saja dah RM2. Aku akan campurkan ia ke dalam botol besar 5 gelen yang ada pada water dispenser di dapur aku. Cara begini lebih mudah daripada menyuruh Akhmal mengamalkan meminum sendirian. Juga akan diminum oleh semua ahli keluarga yang mudah-mudahan kesemua kami juga mendapat manafaat dari bacaan 30 juzuk ayat Al Quran oleh para Huffaz itu.

Ini antara beberapa ikhtiar yang aku  buat dalam usaha memperbaiki mutu kehidupan keluargaku. Walaupun ianya sekadar air biasa namun aku percaya bahawa bacaan atau sistem yang diasaskan dari Al Quran itu insyaAllah yang terbaik disamping doa dan sentuhan saikologi dari aku sendiri.

8 ulasan:

Jay Ar berkata...

Pernah terbaca kajian seorang professor Jepun Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama yang menyatakan molekul air punya keajaiban tersendiri dalam menyembuh penyakit dan air itu sendiri memahami permintaan manusia yang meyakininya...

NzA berkata...

Insyaallah, dgn usha n tawakal adalah jalan yang terbaik untuk kita. Allah maha pengasih pd hambanya.

Kakzakie berkata...

Selagi boleh usaha memang kena ada IM. Moga ikhtiar ini sedikit sebanyak dapat membantu.

MulutPayau berkata...

Betul tu IM..smoga apa yg dilakukan dapat membantu dalam kehidupan...



mama maman aka yana berkata...

ikhtiar itu penting.. insyaallah

ANIM berkata...

Air itu dibacakan ayat suci...insyaAllah...
Kat sekolah sya pun hari2 bebudak minum air yassin..
Kesannya bukan sehari dua...tapi lama kelamaan nampak perubahannya

hrusli61 berkata...

Cuba ambil air hujan petang Jumaat dan bacakan ayat-ayat suci Al Quran. Niat semuanya dengan izin Allah SWT.

insan marhaen berkata...

JR,
IM pun pernah terbaca artikel itu.

NzA,
Ya.. usaha lebih baik dari berharap sahaja.

kakzakie,
ya.. kita cuma usaha. Allah yang menentukan jaya gagalnya.

MP,
baru try dalam seminggu ni jer..

mama maman,
ya.. ikhtiar itu penting.

anim,
biasanya gitu. kalau kesannya cepat, tentu lah ramai orang berebut-rebut mencarinya, kan..

hrusli61,
ada juga dengar idea tu. tapi nak buat tu ler...