Khamis, 5 September 2013

Caj



Aku berpuasa sunat hari ini bersama ibu-suri. Usrah semalam memberi aku motivasi untuk cuba mengamalkan puasa sunat paling minima sehari dalam seminggu.

Usrah semalam juga aku diminta oleh naqib untuk bercerita sedikit tentang latar belakang permasaalahan yang aku harungi selama ini. Tentang ibu_suri. Tentang Akhmal. Tujuannya ialah sebagai iktibar dan pengetahuan sahabat usrah lain. 

Aku join usrah Surau Taman Pelangi ini boleh dikira baru juga. Ramai dari mereka tidak tahu kenapa aku kekadang lambat datang malah kerap juga tidak dapat hadir usrah. 

Usrah perlu padaku. Usrah umpama charger yang diperlukan untuk mengecaj talipon bimbitku kala bekalan kuasanya mulai lemah.

6 ulasan:

faizah berkata...

serigala hanya makan kambing yang terlepas sendirian. Seorang mukmin dengan mukmin lainnya ibarat sebuah bangunan, yang satu mengokohkan yang lain.

"Orang-orang mukmin laki-laki dan orang-orang mukmin perempuan, sebagian mereka menjadi pelindung bagi lainnya.


Demikianlah seharusnya kita."

-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-

Unknown berkata...

Sdr IM,

Saya sangat setuju dengan ungkapan ' CHARGER'. ' Bateri ' kita perlu selalu dicharge.

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik belum mula lagi berpuasa sunat Isnin Khamis... :(

JR berkata...

Semoga saya juga dpt berpuasa sunat sekurang2nya seminggu sekali. Pernah cuba berpuasa sunat hari Isnin atau Khamis sejak bertahun2 dulu, tapi cuma tak lebih setakat 2 bulan, lepas itu mula ponteng. Utk musim lepas Ramadhan tahun ini, saya mulakan puasa sunat Isnin lepas, harap kali ini dgn izin Tuhan ia berterusan lama....

Bunda_nora berkata...

bunda pun belum mula lagi...

ANIM berkata...

kadang2 bila kita luahkan masalah untuk didengar bukan bermaksud untuk menagih simpati tetapi untuk melegakan dan meringankan bebanan terpikul...mudah2an itu dapat membantu IM, manalah tahukan..