Halaman

Sabtu, 7 September 2013

Meroyan

Bila dengar suara kalut-kalut di belakang, aku seperti mahu segera ambil tahu. Mungkin jiran ada masalah yang perlu ditolong. Aku biarkan ibu_suri masuk sendiri ke dalam rumah sementara aku mengunci kereta dan perlahan-lahan ke hujung lorong.

"Anak perempuan dia pegang pisau potong daging. Mak dia bimbang apa-apa akan terjadi. Dia pulak tak boleh dengar suara anak dia; dia nak humban ke luar rumah," terang abang Man.

Jiran yang lain beri cadangan supaya hubungi JPAM sebab kalangan kami tak siapa tega berdepan dengan situasi itu. Tak lama... seragam biru itu datang. Sekejap saja pisau itu dapat di rampas dari tangan.

Aku tetiba saja rasa amat memahami perasaan seorang emak dalam tanggungjawapnya menjaga anak yang menghidap sindrom meroyan. Sindrom yang agresifnya itu berlaku di luar jangka.

Semasa ibu_suri menghadapi sindrom bipolar disorder (sindrom selepas kemurungan), aku pernah mengalami situasi yang sama. Pernah ibu_suri membaling pisau kepada aku tetapi sempat mengelak. Kalau setakat membaling mug, pinggan dan sudu ini sudah biasa.. 

Maka.. terbit rasa syukur. Dan terasa betapa benarnya kata-kata bahawa jika kita sabar dan pasrah pada Tuhan, insyaAllah... dihujung nanti akan ada kebahagiaan. Aku bahagia sekarang bersama ibu_suri walaupun tidak se 100% dulu!

satu masa dimana ibu_suri taksub dengan kerropi. ratusan ringgitku
habis untuk  pelbagai jenis objek keroppi sedari kasut, tuala, jam,
selimut apatah lagi patung. 
( boleh baca sini, catatan blogger Bearcat yang ternampak aku bersama Keroppi.)

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

meroyan..yg saya tahu berlaku ketika dalam pantang lps bersalin...

ANIM berkata...

Keroppi....caya tak, 1st time saya tau wujud istilah tu. betapa teruknya saya

Jay Ar berkata...

Kalau individu menagalami meroyan boleh panggil JPAM dan di hospital/klinik juga ada ubat penenang. Yg paling pening bila tengok org2 politik meroyan, kita cuma boleh tengok, kalau nasihat silap2 dijemput naik kereta polis....

insan marhaen berkata...

kamsiah,
betul. anak beliau baru berusia beberapa bulan.

anim,
saya pun, hari itu baru tau...

jr,
beliau kemudiannya di rujuk ke hospital oleh keluarganya.

ipar IM juga sekarang tolong jaga 5 adik beradik. bapa mereka telah meninggal. mak mereka mengalami meroyan yang kekal dan dijaga oleh mak beliau di balik pulau, pulau pinang.