Jumaat, 13 September 2013

Langkah Pertama

Akhmal semasa hadiri Kem Motivasi anjuran JKM 2011

Aku menerima panggilan dari sesaorang bertanya tentang perkembangan Akhmal terkini. Tak berapa jelas jawapannya bila aku tanya dari mana. Cuma aku agak ia dari tempat dimana Akhmal pernah di rujuk akibat kes dadah.

"Buat masa ini, apa yang saya perhatikan dia... hmmm... ok. Sekarang dah bekerja. Tapi esok lusa, tak tahulah macam mana. Tunggu dan lihat!" Begitu jawapanku.

Akhmal sekarang jarang berada di rumah. Dia lebih selesa tinggal bersama kawan-kawannya di rumah sewa - Alma. Aku, walaupun menyimpan seribu bimbang tapi biarkan saja. Dari satu sudut aku faham, kenapa. Kekadang fikir elok dia tinggal jauh dari rumah ini.

Gajinya boleh tahan juga.. RM1K ++. Berbanding kelulusannya yang lansung tiada itu, gaji ini boleh dikira cukup bagus.

Sebenarnya, di Pulau Pinang ini malah dimana saja aku percaya, pencarian kerja tidak ada masalah. Cuma mahu atau tidak saja. Cuma sikap kita positif atau negatif.

Sudah tentu doaku siang malam untuk dia. Aku harap dia telah menemui langkah pertama ke arah menjadi seorang bernama manusia!


5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

semoga kawan2 serumahnya tu boleh menjauhkan dia dari kembali ke tabiat asal..

ibuintan berkata...

moga Akhmal tabah mengharungi kehidupan dan menjadikan pengalaman lalu suatu pengajaran

Tanpa Nama berkata...

seribu lebih, memang agak beruntung la dapat kerja ni. kena manfaatkan sepenuhnya...

hrusli61 berkata...

Semoga dipelihara Allah SWT dari segala mara bahaya. Amiin.

Unknown berkata...

Mudah2an Allah pelihara Akhmal dan Akhmal terhindar dari perbuatan masa lampaunya..aminn