Khamis, 19 September 2013

Mak...

Entahlah... Resah  hati ini tenggelam timbul sejak semalam dan masih belum reda. 

Balik kerja aku belikan nasi untuk ibu_suri. Berlaukkan sambal petai, ibu_suri seperti berselera.

"Buang angin.." ujarnya. Aku ketawa. Ketawa yang sengaja aku kekehkan.

Lepas makan nanti aku mahu mandi. Mandi seperti mandi wajib. Mandi sebersih-bersihnya. Mahu sembahyang. Mahu baca Quran. 

Kemudian ajak ibu_suri jalan-jalan. Kebetulan Angah tinggalkan Viva untuk aku guna sehari dua ini. Aku suka naik Vivanya sebab ada power stereng dan auto gear. Selesa.

Kalau ibu-suri tak mahu jalan-jalan, aku mahu tidur awal. Mahu keluar skejapp dari bimbang yang sebenarnya aku tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengatasinya.

'Mak... Aku teringatkan kamu. Tapi aku tidak dapat balik untuk menatap wajahmu sehinggalah aku dapat gaji minggu depan...'

'Mertuaku, insyaAllah aku akan ziarahi kalian sepertimana selalunya aku di hujung minggu..'

6 ulasan:

ANIM berkata...

insyaAllah..adalah rezeki tu dalam masa terdekat ni, mudah2an...
Allah mendengar..Alah kan tahu isi hati kita...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat IM dan Ibu_Suri...

hrusli61 berkata...

Bila buka blog IM ini aku akan sering mendendangkan lagu Sudirman, "Pelangi Petang". Sabarlah IM kita diuji Allah dengan berbagai pola ujian. Ada dengan kekayaan dan ada dengan kemiskinan. Ada dengan anak ramai dan dengan anak sedikit.

Bagi aku, aku sejak dibangkus ekolah lagi telah diberi tanggung-jawab berat, mengurus abang sulongku yang banyak masalah. Kini terpaksa mengurus anak sendiri yang hampir serupa masalahnya.

Bila ujian ini akan berakhir? Mungkin atau pastinya apabila kita dipanggil mengadap Allah SWT. Semoga kita tabah dan berjaya mengharunginya. Ya Allah tolonglah kami.

JR berkata...

Masih beruntunglah bagi mereka yg masih ada ibu utk dilawati dan berbicara. Saya cuma dpt melawati pusara ayah dan ibu.....

Bunda_nora berkata...

semoga Allah permudahkan segala urusan..salam hujung minggu buat IM..

Tanpa Nama berkata...

Terharu bca...