Sabtu, 28 September 2013

Melainkan Kenangan!

Baru tadi aku pergi semula ke Kilinik Bersatu, Bukit Mertajam untuk mengambil keputusan Screening Test yang aku jalani sebulan lalu. Seperti yang aku tidak mahu, keputusannya menggusarkan.

Bila ibu_suri bertanya, aku cuma bagitau;

"Doktor suruh jaga makan..."

Aku tidak mahu menambah bimbang di hati ini dengan ceceran ibu_suri  jika dia mengetahui.  

Kami kemudiannya bersama kakak ipar, ke rumah Pak Long di Sungai Ara. Mak Long baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir tengahari semalam. Aku tak sempat ziarah. Pengkebumiannya di buat pada hari yang sama. Mak Long adalah kakak kepada mak ibu_suri.

Di sepanjang pemanduan, aku lebih banyak berfikir tentang diri sendiri. Apa yang aku perlu buat dan telah aku perbuat. Terasa berapa berharganya kehidupan yang masih ada ini. Terasa betapa aku perlu menikmati baki nafas ini dengan kualiti dan semaksima mungkin.

Aku teringat kata-kata seseorang;

"Tidak ada perkataan terlambat dalam agama."

Sambil memandu, aku melayan perasaan sendiri dengan lagu retro dari CD kompilasi The Mercy's, D'LLoyd, Favourites Group dan Koes Plus.

Ntah kenapa aku jadi rindu pada mak dan pada sahabat seperjuangan. Mujur aku masih ada mereka semua dan masih boleh berjumpa.

Benarlah kata orang..... 'Seorang tua itu tidak lagi memiliki apa-apa harta melainkan kenangan!'

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenangan mengusik jiwa.....

hrusli61 berkata...

Tidak apalah IM kita ikut cara Rasulullah saw makan. Beserderhana dan pilih yang berhasiat. Madu, habatul sauda dan kurma antara yang bail untuk diamalkan.

JR berkata...

Saya sudah bertahun-tahun berhenti makan roti canai, daging, fast food, seafood, teh tarik dan makanan/minuman lain yg diketahui mudarat utk kesihatan, kecuali bila ada kenduri makan juga benda-benda yang tersaji untuk ambil hati tuan rumah. Tiap2 Isnin pula saya berpuasa (minggu lepas ponteng kerana ada urusan yg memerlukan kita makan). Selain itu saya cuba berjoging 6 km sehari (kadang-kadang ponteng juga bila musim hujan). Cuba lakukan yang terbaik untuk kesihatan diri, kerana saya sangat cintakan keluarga saya...

Tanpa Nama berkata...

alamak bang, teh tarik tu hampir tiap hari saya minum sebab kat opis ada kemudahan nak bancuh macam2 jenis air.

Tanpa Nama berkata...

...orang muda pula memiliki banyak harapan.

Nor Azimah Ali berkata...

kita memang hanya ada kenangan, tapi jangan hanyut dek kenangan je kan..

Tanpa Nama berkata...

Kenangan manis sj yg sy nk simpan kemas dlm kpala otak...kenangn pahit...masam..masin...payau...pedas...tengik...lemau sy nk buang jauh2 kat kpala lutut.