Halaman

Sabtu, 17 Ogos 2013

Debaran




Aku melangkah keluar dari Klinik Bersatu dengan ada debaran di dada. Seminggu lagi datang ambil result, beritahu staf klinik. Ah, macam tunggu keputusan SPM la pulak!

Doktor yang memeriksa aku tadi memang peramah. Malah sesekali aku terasa macam apek mana la pulak di depan aku ni. Sori aaa... ini borang saya kena isi semua, terangnya bila perasan yang banyak soalan aku kena jawap. Aku angguk saja kerana memahami keadaan itu.

Sampel air kencing dan ketinggian dah diambil tadi. Timbangan berat aku berkurangan 2 kg dari sebelum ini. Sebab puasa agaknya, bisik hatiku. Lengan aku digelong dengan cuff untuk pemeriksaan darah tinggi. Aku berdoa panjang... akan tetapi kata-kata doktor menggusarkan juga;

"Awak ada darah tinggi sikit."

Arrgghhh... Pasal tu la aku malas nak pi check ni. Elok-elok aku senang hati sekarang dah sebaliknya. Doktor hanya ketawa bila aku kata begitu.

Nampaknya aku kena serius menjaga kesihatan. Tu belum lagi tahu result gula dan kolestrol. Harap kalau pun ada janganlah di tahap perlu selalu makan ubat. Cukuplah dengan menjaga jadual makan ubat ibu_suri.

Namun sesekali fikir, ada eloknya membuat pemeriksaan begini. Setidak-tidaknya aku berjaga-jaga lebih awal akan kesihatanku!

4 ulasan:

Bearcat berkata...

Tidur pun kena cukup IM...

TiranaAduka berkata...

salam im
Terlebih dahulu salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari ta.
Im kena jaga pemakanan..tak mau stres2..hati kena senyum selalu..tak mau ada yg simpan dlm hati...tekanan darah tinggi itulah pencegahanya yg ta tau..
Oh ya terima kasih sudi mendoakan. Dan semoga im di kurniakan kesihatan yg baik amin amin..

smbotak berkata...

ish, patutnya IM kena lebih gembira sebab dia bagitau "ada darah tinggi sikit', kalau "banyak", nak senyum pun rasa kelat. apa pun, harapnya kita semua diberikan kesihatan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab yang ada ni. termasuk IM, jaga diri...

insan marhaen berkata...

Bearcat,
Betul tu. Selalunya IM tidur kekadang hingga 2 lebih sebab update blog sendiri dan blog TKM1. Maklumlah, balik kerja dah pukul 7 lebih. Ting..tong..ting..tong di dapur, dengan ibu_suri dan anak cucu, lewat malam baru sempat buka pc yang menjadi rutin mesti IM...

TiranaAduka,
Mulai sekarang ini IM cuba jaga makanan. Stress itu mungkin IM boleh handle walaupun sesekali tu murung juga dibuatnya.

smbotak,
Ha.. ha.. another side of thinking. Betul tu tuan... patutnya IM bersyukur berbanding kawan IM yang tak boleh silap makan atau kurang tidur... m/c jawapnya!