Halaman

Ahad, 18 Ogos 2013

Islam Itu Pelindung



Ke Tasik Mengkuang tadi - riadah hujung minggu. Hari ini sepatutnya ada program baraan oleh sahabat IKRAM. InsyaAllah, cuba hadir. Apapun, lepas update blog ini, aku perlu memasak dan baiki paip singki lebih dulu.

Di Tasik Mengkuang tadi aku temui satu pandangan yang cukup cantik. Seorang pak cik yang menaiki sebuah kereta Mercedes sedang cuba membuka palang sekatan yang melintang di tengah jalan. Tak pasti kenapa pakcik itu bawa kereta sampai ke atas sedangkan itu di larang.

Seorang lelaki Cina dari kumpulan berbasikal kemudiannya datang mahu menolong menurunkan semula palang yang telah diangkat oleh pak cik tadi. Beriya-iya pakcik itu mengucap terima kasih.

Aku teringat semalam; semasa pergi ke Klinik Bersatu untuk pemeriksaan kesihatan, seorang lelaki Cina tergesa masuk ke dalam klinik dan bertanyakan kerusi roda pada staf di kaunter. Segera aku faham bahawa mesti dia perlu mengambil ahli keluarganya yang kurang upaya. Aku bangun membantu bukakan pintu kaca klinik yang memangnya berat. Rupanya dia membawa seorang yang cukup tua ( mungkin ibunya ) yang kelihatan seperti mahu muntah. Meleleh air liurnya ke mulut dan baju.

Cina itu bertanyakan tisu pada staf kaunter tapi mereka menggeleng kepala. Aku mengesyorkan supaya beli saja di 7E yang berdekatan. Dalam hati teringat pada tuala kecil yang sentiasa ada dalam keretaku untuk keguaan ibu_suri. Worst come to worst aku ingat bagi dia tuala tu saja.

Cantik kan pandangan ini? Situasi dimana walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi sikap bantu membantu itu tidak mengenali perbedaan ras?

Aku teringat catatan JR di sini tentang bagaimana pendemonstran Islam memagar diri untuk melindungi gereja Kristian daripada di masuki dan dirosakkan oleh tentera Mesir yang kejam. Juga tindakan oleh pihak opposisi negara kita.  Bukankah Islam itu agama yang mendamai dan mensejahterakan seluruh alam?

5 ulasan:

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Keindahan naluri itu merentas segalanya.

Saya pernah dibantu oleh etnik Cina dan anak remajanya menukar tayar kereta. Ketika remaja saya juga pernah dibantu oleh lelaki India menampal tiub motorsikal. Beliau bersusah payah membawa tayar (termasuk rim & tiub) ke bengkel motor dengan motorsikalnya.

Subhanallah.

Kakcik berkata...

Bila kita berbuat kebaikan, bukan balasan yang kita harapkan, kan ? :)

hrusli61 berkata...

Ya betul bukan untuk dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya, hari kita tolong orang nanti di lain ketika insyaAllah ada insan lain yang akan tolong kita pula.

smbotak berkata...

macam pelangi, lapisan warna-warni yang terjalin menjadi sejalur cahaya. cantik bila dipandang, tapi zahirnya tak boleh dipegang.

dalam hidup berkelompok, keindahan tu akan lebih terlihat kalau lapisan2 (kaum, agama, keturunan yang berbeza) ni saling menjalinkan bantuan, berbanding jika hanya memikirkan cara nak melepaskan pucuk sendiri, macam pokok enau.

(eh, berbahasa pulak)

insan marhaen berkata...

ujang kutik,
memang indah jika naluri kita ini boleh lembut dengan bangsa yang lain warna kulit berbanding kita. hatta, mereka pun makhlok ciptaan Allah jua.

kakcik,
kita mengharap balasan tapi balasan dari Allah.

hrusli,
setuju dengan tuan. betapa manisnya perasaan seperti itu yang bukan semua orang memilikinya.

smbotak,
rugilah bagi mereka yang bersikap seprti enau. bahagialah bagi mereka yang bersikap seperti aur.