Isnin, 19 Ogos 2013

Kerja Belakang Tabir


Hadir ke Mesyuarat Team Media di Pejabat IKRAM semalam. Walaupun panggilan di buat secara mengejut tapi demi jamaah aku hadir tanpa sebarang rungutan. Itulah hasil tarbiah oleh jamaah selama ini. Tidak akan bersungut demi untuk kerja-kerja dakwah.

Aku diminta untuk membina website IKRAM Pulau Pinang. Pengetahuan aku tentamg pembinaan web adalah kosong sebenarnya tapi aku sahut cabaran ini Maknanya, selain tanggunjawap kemaskini blog TKM1, ini tugasan baru.

"Kerja-kerja kita ni kebanyakan kerja belakang tabir. Tak ramai yang tahu." terang Cikgu Ismail, ketua Team Media.

Selain itu team kami juga sedang membangunkan web tv. Ia dikendali oleh Shahidan, rakan yang memang mahir bahagian video editing. Memang seronok bekerja dengan team ini sebab masing-masing begitu humble dan selalu berpransangka baik sekalipun rata-rata mereka berusia muda.

Walaupun aku tahu aku tak punya banyak masa untuk mengendali web IKRAM dan blog TKM1 namun aku akan try sebaik mungkin. Siapa yang pernah ceburi sahaja yang merasai betapa nikmatnya bekerja secara ikhlas untuk dakwah di bawah NGO yang kita senangi!

2 ulasan:

hrusli61 berkata...

Semua perkara akan sentiasa baru jika kita tidak biasakan. Syukur di hujung senja ini masih ada yang sudi memberi kepercayaan.

Akan bertambahlah saham akhirat untuk diraih insyaAllah.

Mereka yang sibuk ialah mereka yang sentiasa menerima tanggung-jawab apabila beri.

insan marhaen berkata...

hrusli61,
ya lah... terasa kita ini dihargai walaupun IM ini siapa sangat dalam jamaah IKRAM...