Jumaat, 16 Ogos 2013

Hari Esok

renung masa depan

Esok aku bercadang akan ke Tasik Mengkuang. Sejak Ramadhan aku bercuti dari riadah di sana. Aku perlu terus istiqamah dalam menjaga kesihatan badan. Saki baki umur yang ada ini semestinya aku tidak persiakan. Sebaliknya isi ia dengan sebaik-baik aktiviti.

Aku beruntung kerana memiliki pemikiran yang selalu positif, sabar dan berlapang dada. Buat masa ini juga aku masih berasa sihat tanpa penyakit-penyakit besar yang ada. Ada sesikit terpaksa memikul masalah anak dan isteri, itu aku kira adalah lumrah hidup yang bernama insan. Tanpa permasaalahan hidup pun tak boleh juga, kan. Nanti kita mudah lupa pada Tuhan!

Lepas riadah aku akan ke Klinik Bersatu di pekan BM. Aku ada kupon yang mana boleh membuat pemeriksaan doktor untuk melihat keadaan kesihatan terkini. Kupon itu diberi oleh SOCSO kepada pencarum yang melepasi umur 40 tahun. Sesekali terbit juga bimbang, mana tau keputusan dari pemeriksaan itu aku kelak mengatakan bahawa aku ada kolestrol yang tinggi macam adik aku bebaru ini.

Petang esok pula aku bercadang nak perbaiki paip singki rumah. Kena rongkah design paip itu sebab menyukarkan sikit untuk membasuh pinggan mangkuk selama ini. Air basuhan selalu memercik ke lantai membuatkan ia selalu basah.

Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kehidupanku hari ini. Ingin aku katakan bahawa ini semua adalah atas kasih sayang Tuhan.

Namun sebenarnya, ada satu lagi cita-citaku yang lebih besar yang selalu aku harap berkesempatan melakukakannya. Aku ingin kembali aktif dalam organisasi IKRAM dan menjadi pengunjung masjid yang konsisten!

5 ulasan:

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah beristiqamahlah dengan bersamajamaah Islam seperti IKRAM. Kita tidak keseorangan sebenarnya beri peluang untuk sahabat melaksanakan hak mereka.

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah beristiqamahlah dengan bersamajamaah Islam seperti IKRAM. Kita tidak keseorangan sebenarnya beri peluang untuk sahabat melaksanakan hak mereka.

Kakzakie Purvit berkata...

Macam kakak ni IM memang jaaaarang nak beriadah. Kalau dapat jenjalan sesekali tu dah terbaiklah. Bagus kalau terus istiqamah sebab kesihatan kita kalau bukan sendiri jaga siapa lagikan. Bila dah tak larat bimbang susahkan org pulak.

Tempat kakak IKRAM sangat aktif. Selalu adakan tazkirah di surau. Kumpul sesama dan perluaskan/mendalami dari satu bab ke satu bab. Kalau di surau biasa kariah tempatan (biasa taman perumahanlah) turut sama memeriahkan.

TiranaAduka berkata...

dah ok lum paip sinki tu..?
Moga segala niat ta berjalan seperti yg di rancangkan.

insan marhaen berkata...

hrusli61,
InsyaAllah. Doakan muga kesempatan itu datang. IM memang mengharapkan.

Kakzakie,
Semua ahli IKRAM itu shabat IM. Mungkin ada diantara mereka itu IM kenal.

TiranaAduka,
Bila nak mulakan projek semalam, rupanya sambungan paip yang IM beli tak sesuai. So, IM kena beli yang lain. InsyaAllah, sat lagi IM mulakan projek itu yang mesti siap sebelum asar.

Porjek ni makan masa sebab IM pun bukan pakar sangat..