Sebenarnya, keputusan dari Screening Test beberapa hari lalu mengesankan aku. Sejak hari itu emosi aku sikit terganggu. Terasa seperti hari-hari terakhirku semakain dekat.
Aku ceritakan kepada Angah tentang itu. Aku pesan kepadanya;
"Kalau ditakdirkan ayah tiada nanti, jagalah ibu dan Akhmal baik-baik." Angah cuma tersengih. Masih mentah lagi dia dalam memahami perasaan seorang tua seperti aku, fikirku.
Satu yang bagusnya kesan dari keputusan yang aku terima itu ialah mudah untuk aku tidak lagi mengambil minuman berpeket atau dari mesin dipenser seperti lazimnya setiap hari. Aku lebih banyak minum air kosong atau paling tidak teh o kurang gula atau teh o berperisa stevia. Makan pula ala kadar. Dulu, kawalan makan seperti ini bagai susah sangat untuk aku amalkan. Keputusan doktor itu seperti satu daya tolak yang memudahkan aku mengamalkannya. Sesekali fikir... pelik juga manusia ini. Terlalu dipengaruhi oleh emosi dan hati sebenarnya...
Aku jangka jika berterusan begini, aku akan mengalami sustan saiz badan dan sekaligus penurunan berat. Aku harap sasaran aku untuk mencapai berat sekitar 65 kg akan berhasil. Itu adalah berat yang diberitahu oleh doktor satu masa dulu semasa program Hari Kesihatan di tempat kerjaku. Berat yang ideal bagi seseorang yang berumur dan setinggi aku hari ini.
Apapun, aku harap keresahan aku bertolak dari hipotisis kesihatanku itu akan berlalu. Resah hanya akan menambah tekanan di dada. Bila aku tertekan, otot-otot di dada dan lenganku akan tersa sakit seperti di cucuk-cucuk.
Apa yang penting sekarang ialah aku mesti memanafaatkan sisa hidup yang masih ada dengan sekualiti dan sebaiknya. Hidup hanya sekali dan hari ini adalah masa yang terbaik untuk menikmatinya!
Foto hiasan: ibu_suri (berdiri kanan) ketika program lawatan
hospital semasa dia menjadi ko-kaunselor UKnI - 1990an
6 ulasan:
hrmmm.. nampaknya menjelang umur 40-an ni memang kena jaga..masa muda2 sakit semua tak rasa, itulah peringatan dari DIA..
Ye..bila umur mngkat mmg kena jga sgala bda yg masuk dlm perut...sbb bda2 tulah yg akan mnentukan kesihatan kita nnti.sy skrg dh tukar dr grg pakai myk sawit kpd myk bga matahari atau canola...stgh2 bda sy grg pkai myk zaiton.kopi n teh skali skal je minum..lbhkn susu soya dn susu rdah lemak...rotipn dh tukar pd roti gandum penuh..beraspun dh tukat ke bras ponni faizah...cuma senam je agak liat sikit..hehe
Azimah,
Kena berjaga dari awal. Bila dah terhinggap, serba susah dibuatnya.
Tanpa Nama,
Lebih dulu TK kerana selalu komen tulisan IM. Tertarik IM pada beras ponni tu. Nanti IM cuba semak akan kebaikannya. IM juga dah mula makan roti gandum. Tapi minyak matahari ada juga pro dan kontra nya bila IM check dalam internet!
Sudah ada tanda2 diabetes ke IM? Tapi diabetes dah jadi seperti tren manusia moden masa kini. Ada yg baru di sekolah menengah pun dah dpt diabetes, apa lagi mereka yg seusia kita...
Tapi kalau diabetes baru di peringkat awal masih boleh dirawati. Makan jangan ikut nafsu dan bersenam selalu (bukan setakat bersenam ringan seminggu sekali).
Dua minggu lepas saya pergi check paras gula dalam darah, bacaan naik sikit iaitu 5.5, sedangkan akhir tahun lepas paras gula cuma 4.9. Kolestrol pula 4.43, lebih kurang sama dgn bacaan tahun lepas. Ia sedikit membimbangkan saya kerana saya dah cuba jaga pemakanan dan berjoging 6 km hampir setiap hari. Tapi doktor kata jgn bimbang, gula 5.5 masih di paras normal, asal jgn melebihi 6.7.Begitu juga kolestrol masih di paras normal kerana belum melebihi 6.2..
amalan minum jus epal hijau bersama peria setiap pagi juga baik untuk mengawal gula dlm darah
saya pun sudah terasa kesan umur 40an ni. kadang2 rasa tak layak nak mengajar lagi kerana kurang stamina berdiri macam dulu...
lumrah alam..yang muda jadi tua, yang sihat jadi sakit..
Catat Ulasan