Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

Ambil Bau Saja

Walaupun aku tak berapa pasti sejauhmana tahap kecergasanku untuk hadiri kursus ISO 197025 di Hotel Vistana, Bukit Jambul, aku gagahi juga memandu. Tidak pernah jejak kaki ke hotel ini, buat aku agak canggung. 

Kelas juga hotel ini. Bilik kursus aku ialah Room 2. Sampai saja, belum mula kursus, trainer - Ms Channal dah ajak kami makan pagi. Ahh... macam mana nak diet kalau begini? Makanan semuanya meransang nafsu. Manis-manis belaka.

Kursus mula 9 pagi. 10.30, tea break. 12.45 makan tengahari. Kepah, ayam goreng, sateh, sotong.... aku ambil bau saja. Petang, 3.30 tea break lagi. Sandwich cheese, cake aku jamah serba satu tak berani tambah.

Kursus ISO ini terlalu banyak terma-terma yang berbelit-belit. Hendaknya dalam Bahasa Inggeris pula. Sesekali seperti kelabu penglihatanku. Menguap ntah berapa kali. Nasib baik juga Ms Channal pandai buat lawak walaupun sesekali nampak macam lawak 'bodoh'. Aku beberapa kali terkena. Ini semua gara-gara bila sesi berkenalan, aku sebut akan hobiku - menulis dan dengar lagu.

"Wahh.. You are creative person..."

Satu perkara yang aku belajar dan boleh digunakan bila ada program perkhemahan atau bengkel ialah Blow blowing game ( lebih kurang gitulah namanya kot!). Ini adalah satu cara untuk memecahkan kumpulan yang ada supaya menjadi kumpulan baru yang lebih adil dan tidak berpuak.

Esok ada satu hari lagi kursus. Kali ini ianya lebih tough sebab khabarnya akan ada banyak nombor berbanding huruf. Calculation lah tu.... Huuuu.....

12 ulasan:

smbotak berkata...

Kursus? Hahaha, saya paling liat nak pergi kursus...

❤Kamsiah❤ berkata...

makanan kat luar kita tak boleh kontrol kandungan gulanya,garamnya,minyak dan sebagainya..tak seperti yg kita masak sendiri..

Tanpa Nama berkata...

tough

faizah berkata...

Apabila umur meningkat, Allah tarik balik sikit demi sikit ni'mat. Salah satunya ni'mat makan.... tak boleh makan suka-suka macam waktu dulu2 lagi...

faizah berkata...

IM... dah start makan ubat untuk BP ke?

sud@is berkata...

Ambil bau dan rasa sekali sekala no hal IM jgn sepenuh masa..

makchaq berkata...

Teringat masa 1st time pi kena antaq pi kursus auditor ISO... memang rasa lost..
Alhamdulillah la ni dah tak terlibat...

La ni bercinta nak pi kursus... pi cukup2 kuota wajib 7 hari setahun ja...

Jay Ar berkata...

Paling benci bila kena pi kursus. Mana tidak, asyik2 dilantik jadi leader @ penghulu. Kerana tak suka pi kursus pernah berpakat dgn pegawai latihan untuk cancel nama yg dah masuk senarai wajib hadir....

NzA berkata...

Selamat berkursus IM..mkn mmg mengancam ttp kena kawal nafsu makan.....

Temuk berkata...

Assalamualaikum IM
Hihi... cerita kena audit + cerita mengaudit... dua-dua meletihkan. Ada yang amat tak sukakan ISO, tapi kalau sasaran organisasi menusabah, dan pengukur/indikatornya sesuai dan WAJAR, sepatutnya adalah baiknya ISO itu untuk kita dan organisasi. Semoga IM dan ibu_suri sihat bahagia sentiasa.

MulutPayau berkata...

kalau kursus, makanannya mmng mengancam....

ANIM berkata...

saya suka makan nasi kandar kayu berlauk telur sotong goreng area vistana tu..hee