Selasa, 1 Oktober 2013

Between This Two?


Aku dah beli oat yang dijual oleh Hospital Adventist di kafetaria, tempat kerja. Kalau tak sedap makan oat semata, mungkin kena bancuh dengan susu rendah lemak.

Di sebelah peket oat kafetaria tadi, aku ternampak biji-biji hitam persis biji sawi.

Aku tanya pada jurujual, sigadis India;

"Between this two, which one better?"

"Black seeds lebih baik dari oat." terangnya. Kawan aku menghinggut bahuku;

"Itulah Habbatus Sauda.. Yop. Makanan sunnah nabi."

He.. he.. aku saja test tu. Ternyata, memang mereka ada ilmu tentang apa yang terjual.

Tapi aku tahu ibu_suri tak akan makan cara begini. Tak sedap, katanya. Ntahlah...

Aku juga sedang berkira untuk membeli Habbatus Sauda ni. Blogger JH dah lama sarankan aku makan yang ini tapi aku yang lengah. 

Selain itu aku akan tambahkan lagi masa senaman mingguanku. Bagaimana nak tambah, aku tak tahu. nak beli set senaman macam WN supaya boleh buat di rumah hari-hari, belum mampu.

Terasa jeles bila baca status beliau pasal statistik kesihatan terkininya di sini.

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Usaha tangga kejayaan...:)

Tanpa Nama berkata...

Hari hari saya bagi suami makan oats bancuh dgn susu kambing dan sesudu madu. Dalam tu pulak saya tabur biji habbatus sauda dalam 12 biji sahaja dan potongan buah buah segar. Habis sarapan saya bagi suami minum segelas air rendaman sehiris lemon. Lemon ni bagus untuk buang lemak. Suami kata kenyang sampai ke tengahari.

Kamsiah yusoff berkata...

habattus sauda tu kat rumah saya ni..dimasukkan dalam kari ikan..air teh,kopi dan segala bagai...

JR berkata...

Selain dari pemakanan yg seimbang, senaman juga sangat penting dalam penjagaan kesihatan.Ada orang kata tak cukup masa, tapi jika kita sudah terbiasa bersenam hari-hari kita akan cuba mencari atau mencuri masa untuk bersenam. Jika petang tak berkesempatan, pagi pun boleh bersenam.Saya pernah bersenam antara jam 5 hingga 6 pagi sebelum pergi kerja mengelilingi padang bola kawasan perumahan, kerana tiada masa untuk bersenam pada waktu petang. Bila ia telah menjadi rutin harian, kita akan merasa tak bersenam sehari terasa seperti ada sesuatu yang hilang, rasa seperti tak gosok gigi atau seperti tak mandi seharian. Bila dah jadi rutin kalau hujan renyai-renyai pun redah juga sebab dah ketagih bersenam....

Tanpa Nama berkata...

takpe, abang teruskan je aktiviti berjogging tu at least seminggu sekali...

ANIM berkata...

saya memang amalkan habatus sauda tu IM..bancuh dengan madu.
apa2 pun...dua2 tu semua elok. janji istiqamah makan...

Tanpa Nama berkata...

Sy nk rekemen minum myk eton kt I'm..kalu nk minum baik beli yg extra virgin..rsa dn bau cap bertoli plg baik.sy dh rsa cap slain dr tu..rsa sikit pahit.nnti I'm google ye kbaikan minum myk eton

Tanpa Nama berkata...

Mkn oat dgn susu rdh lomak sj lma2 I'm kan jemu..tra goge cra nk pelbagaikn rsa oa spti tmbah hirisn pisang..epal atau bilis.sy sdripn x suka oat.mak sy pyalah x suka mkn oat smpai tya xde ke mknan yg sedap sikit dr oat nih.