Khamis, 3 Oktober 2013

OML...

Ultra Book

Nak menulis tapi Akhmal beriya-iya nak guna pc ini. PC aku jenis desktop

Kalau nak dikira, aku tak berapa selesa guna desktop sebaliknya lebih suka guna laptop. Sayangnya, laptop telah disimpan oleh Angah. Ini atas pengalaman laptop pertama yang aku beli dengan duit 50 tahun kerja telah di curi oleh sesaorang yang aku tahu. Maka Angah tak bagi lagi aku guna laptop ke 2 (ultra Book) yang aku beli kemudiannya. Dia tak percaya laptop itu akan bertahan lama di rumah selagi seseorang itu masih ada di sekeliling dengan sikap yang lama.

Terkilan juga aku kerana laptop sendiri ada tapi tak dapat guna. Dah 2 kali aku minta tapi Angah masih tak mahu pulangkan. Pendam saja terkilan itu di dada walaupun aku akui akan kebenaran pendapat Angah itu.

Oklah... Akhmal dah balik dari beli burger untuk ibu_suri. Walaupun burger itu tak bagus untuk orang macam ibu_suri tapi kemahuan makan ibu_suri ini kekadang tak tertahankan.

Aku stop dulu. Sempat update lagu dalam fail SoundClouds aku dah kira cukuplah. Lagu kenangan selama belajar di KL...

Oh My Laptop....!

5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

saya lbh suka dan selesa dgn desktop....besar gedabak..terang benderang kalernya..anak2 semua pakat guna lappy....walau boleh diusung kemana2..saya tak minat..

Kakcik Seroja berkata...

Kebimbangan Angah itu ada asasnya...

mama maman aka yana berkata...

hihi.. terkejut sy tiba2 kuar lagu.. kahkah.. cepat2 off speaker.. :)

Tanpa Nama berkata...

terbalik bang, saya lebih selesa guna keyboard untuk menaip. kalau guna laptop kadang2 lagi banyak typo. letih nak betulkan balik...

JR berkata...

Saya gunakan laptop di rumah, sebab bila tulis anak isteri tak mengintai apa yg saya baca atau tulis, hahahahaha. Di rumah ada desktop, tapi biasanya ia digunakan utk kes kecemasan saja....