Halaman

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tidak dapat Markah!

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tidak dapat hadir ke program mukhayyam oleh IKRAM walaupun aku tahu ianya berstatus WAJIB hadir. Ntahlah, bagi yang mengalami mungkin memahami kenapa aku ambil keputusan ini.

Dah berusaha membujuk ibu_suri agar melepaskan aku pergi tapi dia tetap berkata... NO! NO! NO!

"Bukan jauh sangat. kat Penang jer..."

Geleng kepala.

Disamping ianya adalah salah satu dari 7 wasilah tarbiyah yang wajib diikuti;

1. Usrah
2. Daurah
3. Nadwah
4. Rehlah
5. Katibah
6. Mukhayam
7. Muktamar


... menyertai mukhayyam juga akan dapat menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang jarang berjumpa. Ya.. memang dah lama aku tak melihat wajah-wajah mereka. Lama sejak aku mula mengendurkan aktivismaku lewat fokus kepada ujian yang Allah turunkan ke atas diriku dengan rencatan kesihatan ibu_suri yang memerlukan perhatian 100% dari aku.

Bukan aku tak pernah pergi pun sebelum ini sebenarnya. Cuma kali ini ibu_suri agak kedekut berbanding sebelum ini membenarkan aku pergi setelah segala urusan penjagaanya aku atur terlebih dahulu. Aku dapat rasakan bahawa ibu_suri memerlukan aku sejak seminggu dua ini. 

Tak mengapalah. Aku perlu terima hakikat semua ini dengan sabar dan lapang dada. Aku harap, di lain program, aku berpeluang untuk hadir. Dan, aku berharap sahabat lain memahami situasiku walaupun mungkin jamaah tidak dapat memberi markah...



 Pulau SongSong, Kedah.. antara lokasi mukhayyam yang penuh cabaran!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasib baikla I'm nk pgi keja ibu suri benarkan..kalu x mmg haru biru..

MulutPayau berkata...

Sabarlah IM..mungkin ada hikmah disebalik semua tu....

smbotak berkata...

Banyak aktiviti fizikal ke? Saya minat jugak aktiviti macam ni, sampai beli tent. Tapi akhirnya cuma simpan dalam bonet kereta, guna jadi tempat tidur bila berpiknik dengan famili. Hehehe...

Jay Ar berkata...

Itulah realiti perkahwinan, seringkali kita perlu melupakan keperluan diri sendiri demi membahagiakan pasangan kita kerana melihat kebahagiaannya sudah cukup untuk diri sendiri merasa sangat bahagia....