Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Raya Oh Raya

Esok kerja lagi sehari
kemudian cuti 4 hari
cadang nak balik kampung awal 2 hari
sebab sejak anak dah besar ini lebih suka beraya di rumah sendiri.

Tapi nak balik kampung masih dalam dilema
Kancil ku seperti sudah sampai masa
untuk di lego ( lets go ) kerana kondisinya yang caca merba
tapi melihat hutangnya yang masih tak terkira
ringgit di poket pula tak cukup nak sara
buat aku tak terkata apa
luah mati mak, telan matilah bapa
cuma tunggu saja takdir Tuhan yang kan tiba.

Berkali-kali ibu_suri mengingatkan
rendang ayam dilupa jangan
nak cuba resepi lain, bukan lagi Dapur Tanpa Sempadan
tapi sesekali datang juga rasa bimbang
mutakhir ini bukan saja sakit tapi mati sebab dek ayam
ntahlah, sampai masanya aku fikirkan.

Kupon daging korban ada diberikan
ibu_suri kata biar Along yang masakkan
ntahlah Along, mau kah lagi dia buat kudapan
atau akhirnya ayah juga yang di dapur seharian.

Raya oh Raya...
Hadirmu di pertengahan purnama
buat aku tidur separuh lena!






Foto awal 80an




8 ulasan:

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam, selamat menyambut hari raya korban yang semakin hampir..

Nor Azimah berkata...

assalam.. raya haji ni orang tak raikan sangat rasanya,takpe..banyakkan takbir je..

Kakcik berkata...

Salam Aidil Adha buat IM dan Ibu_Suri..

❤Kamsiah❤ berkata...

makin berusia,makin hilang keterujaan nak beraya...pening memikirkan apa yg patut disedia...

faizah berkata...

Tersenyum sendiri membacanya... sebab ada rhyme. Begitulah kehidupan, IM.... apa nak kata lagi..

Jay Ar berkata...

Kadang2 hidup tak seindah mimpi, tapi apa pun dugaannya selagi jantung berdenyut hidup perlu diteruskan....

Tanpa Nama berkata...

Sedih dgr rintihan I'M...sabarla I'm..sabarla..Allah mdengar tu..lagikan sy yg bgelar manusiapun jatuh kesian mdengarnya..inikan pulak Khaliq kita..insyaAllah akan dberikan kelapangan utk I'M skga...amin

ANIM berkata...

Gurindam ke ni ? Menarik..saya nak cuba karang satu hari nanti..
IM, jangan lupa keluarkan senjatamyg kita ada. DOA..
Salam aidil adha. Kami di kedah ni cuti selasa-sabtu