Halaman

Jumaat, 29 November 2013

Re-union IKM KL

Rasa amat seronok kerana dapat mengumpulkan rakan-rakan lama semasa belajar di IKM KL tahun '81~'82 dulu. 5 orang semuanya. Berjumpa di kantin Masjid Seberang Jaya.

Ada yang dah berubah susuk badan tapi perangai masih sama macam dulu. Tak henti-henti ketawa kami berderai mengenang kisah lama.

Tapi yang pastinya, kalau yang dulu seorang playboy tapi kini ada yang dah jadi YDP sesuatu pertubuhan. Yang dulu dikatakan kaki surau namun hingga kini masih ditakuk lama.

Kami dulu sesama belajar di jurusan elektronik radio/tv di sana tapi aleh-aleh kerja ada yang jauh menyimpang dari apa yang dipelajari.

Aku masih ingat kata-kata Dr Mahathir satu ketika dulu bahawa mahasiswa jangan ingat bahawa kerja baru mesti yang berkaitan dengan pembelajaran dahulu. mahasiswa mesi bersedia menerima apa saja bentuk kerja setelah menjadi graduan.

Kami ber5 adalah Aku, Bukhori Ghazali, Abdul Rahim Romli, Mohd Salleh Osman dan Abdullah Halim. Kemudiannya aku diminta untuk menghubungi kawan-kawan lain. Kami bercadang untuk membuat re-union kali kedua.

Ya lah... yang tinggal cuma kenangan. Ianya tak akan dapat diputarkan kembali. kenangan itu walaupun semasa realitinya amat pahit tapi bila menjadi kenangan rupanya ia teramat manis...

7 ulasan:

Kakcik berkata...

Mesti banyak cerita yang disusuli gelak tawa. ...

❤Kamsiah❤ berkata...

suami saya IKM JB...hehe masa dia kat san ala mula2 kenal..berutus surat...bercinta..berkahwen..:)

Jay Ar berkata...

Eloklah jika masih teringat utk buat re-union sebelum terlambat, sebab kadang2 ada rakan2 yg tak sempat kita jemput re-union kerana dia lebih dulu dijemput Yang Maha Berkuasa...

ANIM berkata...

seronokle ye kalau dpat ber re-union. saya memang belum berkesempatan

NzA berkata...

Mesti seronok bila dapat bersua rakan2 lama. Banyak cerita yang dapat dikongsi bersama.

Abd Razak berkata...

Indah rasanya bila dapat berjumpa semula kawan-kawan yang satu masa dulu jatuh bangun bersama..

Bearcat berkata...

Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama. Mengimbau memori suka duka zaman study... :)