Halaman

Ahad, 1 Disember 2013

Doakkan Aku

Aku terpaksa menulis dengan cepat kerana ibu_suri dah bising suruh bawa dia jalan-jalan. 

Dah lama sangat rasanya tak menulis. Banyak kisah hidup yang tak dirakam. 

Tadi pagi aku riadah di Tasik Mengkuang. Awal aku sampai. Leceh juga kalau awal di sini sebab orang amat ramai hingga nak berjalan cepat pun bagai tersangkut. Dan lagi, bila ramai begini tak terelak untuk terpandang perempuan Cina yang memakai seluar pendek dan ketat. Hooo... Hooo.... Hooo...

Kali ini aku tidak berjogging sebaliknya berjalan cepat sahaja. Tak banyak peluh yang keluar. Tak puas rasanya.

Lepas riadah aku singgah di Masjid Kubang Semang untuk solat Dhuha. Kali ini, lepas Dhuha aku banyak berdoa untuk Akhmal. Di beberapa hari ini Akhmal benar-benar buat hal yang amat meruntun perasaanku. Benar-benar buntu aku dibuatnya.

Aku juga buat kesilapan dalam membelanjakan duit gajiku kali ini. Akhirnya, baki gaji aku tinggal sedikit sedangkan bulan baru saja memasuki Disember. Banyak perkara luarjangka berlaku yang memaksa aku membelanjakan duit gajiku.

Sayangnya, semua ini tak dapat nak aku kongsikan dengan ibu_suri, teman perkongsian hidup ini sekian lama. Aku terpaksa redha dengan sendirian aku mengharungi kepayahan ini.

Maaf.... ibu_suri sedang mengira jarum saat dari angka sepuluh... takat ini saja. Doakan aku...

6 ulasan:

Jay Ar berkata...

Kadang2 kita tidur mlm dibuai mimpi indah. Bila terbangun melihat hakikat di depan tidak seindah mimpi. Tuhan sentiasa menguji kesabaran dan keimanan kita. Semoga segala yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.

nyanyisunyi berkata...

Mudah2an Allah permudahkan urusan IM di dunia ini dan jangan putus asa berdoa untuk anak2..

smbotak berkata...

Duit gaji (dan part time) saya pun rabak, gara2 kereta. Hampir nak alami kemalangan, mujur tak ada apa2 berlaku. Apa pun, terpaksa berhabis untuk keselamatan...

❤Kamsiah❤ berkata...

ramai yg bertanya,bercuti keman acuti sekolah ni..
persiapan sekolah anak2 lbh penting dari bercuti...seragam 2 pasang sorg,kasut 2 pasang sorg..itu belum segala peralatan belajar..duit semua..

Kakcik berkata...

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan IM...


Sekali lagi kakcik nak minta tolong dari IM. Kalau IM masih simpan no. telefon kakcik, tolong smskan no. telefon IM ya...

NzA berkata...

Semoga dipermudahkan...insyaallah.