Halaman

Sabtu, 4 Januari 2014

Di Perodua... Pagi ini

Hantar Viva Angah ke Perodua untuk penyelenggaraan 40 000km. Mertuanya nak pinjam untuk urus akad nikah abang iparnya di Ipoh.

Sambil menunggu, aku ambil peluang beriadah. Berjalan sesekali berlari di bibir jalan walaupun matahari dah naik melebihi galah buatkan badan cepat peluh dan segar. Cumanya, asap dari lori dan kereta agak tidak menyelesakan.

Kakitangan Perodua ni bagai kenal sangat dengan aku. Sejak beli Kancil tahun 2006 lagi, aku dah selalu ulang alik ke sini. Bila aku lambat hantar mereka akan tanya. Bila aku hantar kereta Viva, mereka juga akan tanya.. beli kereta baru?

Kakitangan di sini juga aku boleh tahu mana yang dah tiada, mana yang baru bertugas. Bermacam-macam cenderahati juga aku pernah dapat. Hari ini, aku dapat syampu kereta dan tikar plastik habuan guna untuk perkelahan.

Aku suka dengan perkhidmatan mesra di sini. Kerana kemesraan itulah juga buatkan aku memilih Viva pula menggantikan Kancilku yang dah mula buat hal.

Aku pernah berkata pada blogger JH bahawa memang benarlah sabda nabi:

'Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu: isteri yang solehah, rumah yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.' (HR Ibnu Hibban)

Pinggir Perodua ini ada gerai makan. Walaupun Perodua menyediakan minum dan makan percuma, aku lebih gemar minum di gerai ini. Minum dan baca akhbar.

Sayangnya, aku terlupa beli Harakah semalam. Bila dicari hari ini... dah soldout. Terpaksa berpuashati dengan membaca Harian Metro percuma kat sini saja walaupun sebenarnya tak gemar dengan sajian berita oleh akhbar seperti ini. Intisariya tak ada lain... bunuh, perkosaan, rompakan.

6 ulasan:

smbotak berkata...

adik ipar yang kerja kat petronas (part time) kata metro dengan kosmo paling laris. memang orang kita suka baca berita sensasi macam tu...

ANIM berkata...

Servis after sale dia bagus...orang akan carj
Kereta saya tu servis kat mekanik saja. Tu pun atas rekomen kawan. Cari yg cekap dan murah sikit..

Jay Ar berkata...

Saya suka baca Sinar sebab ia neutral. Harakah Online juga hari2 baca. Kosmo dan Metro cuma terbaca di kedai gunting rambut...

Murni Alfathunnisa berkata...

IM selalu pergi perodua service cawangan mana..?

insan marhaen berkata...

smbotak,
IM suka baca berita yang ada kualiti berita...

anim,
kereta IM masih dalam warranty 5 tahun. tu yang konsisten servis kat maker.

JR,
sejak kena pakai spek untuk baca ni, IM kurang dah membaca.

MA,
IM selalu pi Pero2 seberang jaya. suka lay-park kat sana...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
saya baca semua,dari situ boleh buat penilain,campur semua tak kira fahaman politik..tp saya paling suka campur org yg alim dgn cara sendiri,dari luar nampak biasa2 aje tp dari segi ibadat/sedekah dan budi bahasa gaya percakapan/zakat rrassnya tak terlawan kita