Jumaat, 28 Februari 2014

Masa

Tak ada idea nak tulis apa, malam ni. Ngantuk!

Esok nak balik kampung ziarah mak. Nak tanya mak, sedikit sebanyak tentang sejarah lalu kampung untuk dijadikan bahan dalam blog ke2ku -  Sri Mersing.

"Lain kali, kalau kita balik, hari pertama kita ziarah mak. hari kedua kita ziarah saudara kita yang lain-lain, ya!" ujarku pada ibu_suri.

Terasa masa begitu cepat datang membawa aku usia tua. Usia yang dulu aku cuma lihat pada emak dan abah.

Aku sebenarnya terasa amat longlai, letih memikir dan menjaga ibu_suri serta Akhmal!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muga kesabaran Pak IM itulah menjadi tiket ke firdausNya. Tiket ke firdaus itu sangat mahal harganya.

Bearcat berkata...

Seronoknya IM masih dapat balik kampung dan bertemu ibu yang dikasihi.
Saya dah tak ada kampung dan ibu bapa untuk dipeluk cium...

JR berkata...

Saya bercadang untuk menyiapkan biografi diri sendiri untuk ditinggalkan kepada anak-anak dan generasi saya akan datang. Harap Allah memberi masa saya secukupnya untuk menghabiskan sisa-sisa usia yang ada bagi menyiapkan biografi itu...

Nor Azimah Ali berkata...

haah la IM, bestnya masih ada mak dan ayah untuk ditumpahkan kasih sayang dan bakti

shaliza berkata...

Semoga perjalanan IM selamat pergi dan balik.

Kamsiah yusoff berkata...

hanya catatan di blog picisan utk kenangan anak cucu kelak..

NzA berkata...

moga IM terus kuat dan tabah.

p/s: blog saya dah kena block...saya pun tak pasti kenapa..sedih tak terucap. nanti jemput ke blog baru saya di http://naurahsweet.blogspot.com/

insan marhaen berkata...

tanpa nama,
harapnya gitulah walaupun 'duit' yang ada kat tangan IM cuma sekupang dua jer..

bearcat,
ya.. itulah yang sesekali fikir.. amat bersyukur.

JR,
kemudian boleh bukukan. pernah IM di offer oleh syarikat buku untuk menulis tentang Akhmal ( penghidap sindrom disleksia ) tapi IM tak bernai kata ya!

norazimah,
betul. balik kampung pun rasa seronok sebab ada mak nak ditatap.

shaliza,
alhamdulillah, selamat dan gembira dapat makan tengahri bersama mak.

kamsiah,
itulah hasrat IM. biar mereka tahu susahpayah hidup IM dan menjadi pedoman mereka juga nanti.

nza,
terima kasih atas ransangan. kekuatan IM juga persis ombak. kekadang tinggi kekadang rendah..