Halaman

Selasa, 4 Mac 2014

JK2PP?


Balik kerja hari ini terasa perjalanan lancar. Tak seperti semalam, jambatan terlalu sendat dengan kenderaan - bumper to bumper. Ada yang kata, akibat dari insiden lori rosak sebelum itu.

Sampai rumah, ibu_suri mencebik bibir. Aku dah dapat membaca emosinya. Secara otomatis juga, aku perlu menyediakan diri.

"Boooring la.....tak tau nak buat apa ni.."

"You beli makan apa?"

Aku hanya diam. Kekadang, memang susah nak diterangkan kenapa adakalanya aku tidak beli apa-apa makan pun bila balik. Maklumlah, pergi kerja menumpang secara carpool, takkan nak singgah menyinggah pula.

"Tak pa. Lepas Isyak nanti kita keluar ya!" Balasku terus ke dapur membasuh pinggan, buang sampah dan memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

"Kita minum kopi dan makan biskut dulu la, ok. Sat lagi kita makan lain," sambil meletakkan talam di meja dan duduk di sisi sambil menekan punat  saluran tv.

Dan otak terus berfikir... kemana nak bawa ibu_suri malam ni ya? 

Melihat pada keboringan ibu_suri yang agak menekan, aku mesti bawa ke suatu tempat yang mampu menghibur jiwanya? 



4 ulasan:

Jay Ar berkata...

Sementara JK2PP masih free ni bawalah Ibu Suri 'melancong' di jambatan itu sepuasnya..Teringat jambatan pertama dulu, masa mula2 dibuka pengguna dibenarkan berhenti di bahagian tengah jambatan utk mengambil gambar, tapi kemudian pengguna tak dibenarkan berhenti lagi lepas banyak kes bunuh diri...

BUNDA a.k.a KN berkata...

Bilalah dapat merasa jejak kaki kesana...

❤Kamsiah❤ berkata...

keadaan berjerebu...nak amik gambar kat jambatan tu pun tak cantik...

insan marhaen berkata...

JR,
tak jadi bawa ibu_suri jalan-jalan di JK2PP semalam. dia ajak makan kat tempat lain.

bunda,
takkan lari jambatan dikejar.

kamsiah,
banyak sangat hutan terbakar dan sampah dibakar sekaran ini..