Sebenarnya, aku baru 2 tahun bekerja di Hitachi ( selepas itu bertukar nama kepada Renesas ) masa itu. Masih malu-malu. Masih takut-takut dengan operator yang 95% adalah perempuan.
Satu hari, semasa aku hendak keluar makan pagi di kantin, tiba-tiba seorang rakanku yang sedang menolak troli bertentangan laluan, menahan aku.
"IM, ada marka bagi surat ni kat hang," ujarnya sambil menghulur sekeping sampul warna putih," cun lah dia. Kulit putih."
Aku sambut sampul surat itu. Aku simpan dalam kocek jeket kerja warna kelabu. Tertanya-tanya dalam hati.
Bila ada luang masa, aku baca surat itu. Mau berkawan dengan aku. Aku termangu buat beberapa hari. Tak tahu nak buat apa dengan surat itu.
Itulah surat dari ibu_suri, yang pertama kepada aku.
10 ulasan:
Sudah tertulis jodoh IM dengan Ibu_Suri...
seronok cara berkenalan dulu...berkirim salam..berkirim surat...
mengimbau kenangan..ke IM
Alhamdulillah ibu_suri berani orangnya...kalau tunggu IM yang pemalu tu nak mola langkah.... lambat la nampaknya... he he gurau je..
Makchaq pernah minta kerja kat Hitachi tahun 84 tapi tak dapat, dapat kat Pencon (tak ingat betui ka namanya..)
kilang tu x glamer senang dapat kerja.. tapi sepanjang hari kerja dengaq lagu tamil.. pening kepala
Mesin basuh saya jenis Hitachi. Baru sekarang saya tau Hitachi dah tukar nama....
Surat cinta dari Ibu Suri? Kes perigi cari timbalah ni...Tapi tak apalah yg penting bahagia ke anak cucu...
Kenangan lalu mengusik jiwa....Hitachi...nostalgia gituuu..
Alhamduulillah...
wah..beraninya ibu_suri yea
kenangan mengusik jiwa lagi IM
Saya tahu...mesti IM ni seorang yang pemalu :)
Menyentuh hati... (Aircond cap Hitachi.)
1. Saya ada kawa kerja kat renesas teluk panglima garang, selangor.
2. Orang zaman dulu bercinta lebih adventure kan.
Catat Ulasan