Halaman

Selasa, 18 Mac 2014

Sepagi Di Kafetaria

Badan terasa kurang sihat, hari ini. Bertagak-tagak nak pergi kerja atau ambil mc. Namun, bila kenangkan kerja yang pastinya banyak menunggu sebab semalam dah bercuti, aku gagahkan juga.

Dan memang tak salah terkaan aku. Mencurah-curah kerja itu datang. Namun aku sabar juga melayan pelanggan. Aku tak dapat nak capai KPI aku hari ini, zero backlog. Terpaksa tinggalkan 9 equipment untuk disambungbuat pada hari esok.

Memang ramai kawan aku suruh aku minta dari bos, pembantu. Aku dah beritahu pun. Dah 3 kali. Tapi standardlah jawapan bos.

'Tak ambil orang baru sebab polisi majikan sekarang ini nak save budget.'

Tapi kekadang, kerja sorang-sorang ni lagi senang. Aku boleh design kerja aku sendiri tiap hari tanpa perlu fikirkankan kerja untuk orang bawahan. Pengalaman aku menjadi supervisor dengan 5~6 orang bawahan sekitar tahun 90an dulu, sakit kepala juga.

Audit ISO tak lama lagi. Sekitar bulan puasa. Aku perlu bersiap siaga dari sekarang. Kalau tak nanti, demam tak kebah lah jawapnya.

Seperti biasa, topik hangat di kantin ialah tentang kehilangan MH370. Tenggelam isu KajangMove. Isu anak muda mati kerana overdose juga seperti tak menarik perhatian kafetarian.

Aku... masih tak dapat menahan gelihati dengan skesta bomoh zam alakazam. Bongkak sungguh dia, ujarku pada rakan-rakan. Malanglah bagi anak murid beliau. Tak semena-mena dapat tempias sindiran murbawan...

6 ulasan:

Kakcik berkata...

Bila Allah menunjukkan kekuasanNya, kebongkakan akan hilang begitu sahaja...

Kasih Arus berkata...

Bagi saya,saya ketawa kerana lawak,dalam masa yang sama,rasa sakit hati bila agama dipersendakan. apapun,kalau tiada yang support mereka,takkan mereka berani berkata-kata.

Jay Ar berkata...

Selagi orang ramai masih percaya kepada bomoh dan ilmu ghaib aka khurafat mereka, selagi itu bomoh2 itu masih boleh survive. Yang paling malang dalam sejarah kebomohan di Malaysia ialah VVIP dan artis adalah pelanggan utama mereka...

ANIM berkata...

namun bila lawak tu diteruskan dengan lakonan sesetngah dari kita sendiri yang bergelar muslim..terkesan juga hati. benda tak elok jangan jadikan bahan senda dan ikutan yang lain. itu pendapat sayalah..

NzA berkata...

begitulah keadaan kerja...cikgu lagi dasyat, semua kerja dia terpaksa buat dr mengajar, kerja pengkeranian, perubatan hingga ke tukang sapu dan bertukang.....redha jelah.....

BUNDA berkata...

Kalau ikutkan kerja , penat semua kerja pun macam tu....cuma ikutlah mood dan situasi kita masa tu...
Janji masa kerja abis kat tempat kerja...

Balek rumah kita tukar watak demi untuk keluarga dan rumah tangga kita...

Wallahu'alam...