Halaman

Khamis, 24 April 2014

SMILES

Beruntung juga rupanya bila ada kad SMILES dengan point yang mencukupi untuk klem petrol tatkala kocek benar-benar kritikal ini.

Dengan penebusan RM20, aku kira cukuplah untuk Viva ini bawa aku balik ke rumah dari tempat kerja, bawa ibu_suri jalan-jalan sat g malam dan bawa aku semula ke tempat kerja esok pagi.


























Mudah-mudahan gaji akan masuk, esok. Bolehlah beli sedikit barang dapur dan ziarah mak di kampung yang dah 2 kali menalipon aku, bulan ini. Kalau tak masuk.... alahai....!

4 ulasan:

Jay Ar berkata...

Insyaallah esok masuklah gaji, malam boleh shopping sikit2, Sabtu boleh balik kampung....

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan IM

ANIM berkata...

rindu mak kat anaknya..

saya percaya, hari ni gaji IM dah masuk..

insan marhaen berkata...

JR,
Memang IM selalu balik kampung hari Sabtu sebab hari Ahad boleh relaks sambil riadah dan kemas rumah.

Macam tau-tau jer..

Kakcik,
Terima atas doa. Muga segala urusan Kakcik juga dipermudah dan diberkati.

Anim,
Alhamdulillah, dah masuk.

Tapi tak pasti samada nak kemas rumah Sabtu dan balik kampung hari Ahad atau balik sepertimana selalunya.