Sabtu, 28 Jun 2014

Telan Ubat

Rasa badan ini seperti tak ok bila bangun pagi sedangkan lewat semalam seperti demam dah nak kebah.

"Ini pasal tidur dalam aircond la ni.." rungutku pada ibu_suri. Risau juga aku kalau menjelang esok aku masih tak stabil. Esok dah mula puasa. Malam ni aku dah kena fikir macam mana nak sahur. Nak kemas rumah yang masih semak.

Nampaknya aku terpaksa telan semula ubat demam dan antibiotik. Punyalah besar ubat-ubat tu. Aku tunjukkan kat ibu_suri.

"Boleh tersekat kat kerongkong ni.." getus ku. Itu baru ubat demam aku. Tak dapat kubayangkan bagaima ibu_suri yang setiap hari 2 kali kena telan ubat diabetis, hipertensi dan psikiatriknya itu yang lebihkurang 10 biji setiap kali telan.

Aku tak boleh layan badan aku ni, fikirku. Aku capai penyapu dan pencakar untuk bersihkan halaman depan rumah. Itu kawasan pertama operasiku pagi ini. Operasi yang selalu aku buat hujung minggu. Cuci longkang dan buang najis kucing yang cukup suka berak depan rumah.

Apa boleh buat. Beli rumah corner lot, memang terpaksa hadapi kerenah sampah sarap bertakung di longkang depan rumah.

Walaupun kekadang rasa marah kerana buta-buta saja kena buang sampah yang orang lain buang tapi aku cuba anggapkan ia satu kerja kemasyarakatan.

Ingat sat lagi nak ajak ibu_suri pi Sungai Petani. Nak singgah Fatimah Bakery untuk beli minyak zaitun lansung singgah ke Hasani Book Store, nak ushar CD baru Ramadhan dan Rabbani, kot-kot masih ada...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasa jeles pulak bila abang IM dapat beli rumah corner lot, dapat la berkreativiti sikit dengan ruang yang ada tu. apa pun syukkur walau pun rumah saya berkongsi dinding kiri dan kanan dengan orang lain. hehehee...

tidur dalam bilik air-con memang tak elok. boleh sakit tekak (kalau saya la)...

Nor Azimah Ali berkata...

Semoga cepat sembuh ya IM..

Kesian juga dok bayangkan IM kena buat semua benda dalam keadaan tak sihat tu, ibu-suri lansung tak dapat tolong ke?

Bunda_nora berkata...

Dah lama tak dengar cerita orang sini...

Semoga cepat sembuh dan SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...

Bunda_nora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bunda_nora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bunda_nora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.