Halaman

Sabtu, 19 Julai 2014

Kad Merah

Sesekali fikir, tawaran pemberhentian kerja awal atau MSS ini seperti peluang keemasan. Seperti Allah itu tahu apa yang terbaik untukku.

Aku memang tahu bahawa terus bekerja di ofis sekarang ini akan lebih menjerat aku kepada pelbagai masaalah. Tentu aku sahaja yang tahu apa yang tidak kena dengan sistem kerjaku di sini, tidak orang luar hatta bos aku sendiri. Justeru, aku selalu berbisik pada diriku bahawa berhenti kerja adalah jalan terbaik. Sementelah aku pun dah di hujung usia. Anak-anak pun boleh dikatakan dah besar-besar, tiada sangat keperluan tanggungan yang membebankan.

Bayangkan, kalau mengikut kata pihak HR, jika aku terima MSS ini, mereka akan beri notis pada 4hb. 8hb adalah hari terakhir aku di syarikat ini. Begitu tergesa-gesa layaknya mereka mahu aku (dan khabarnya seramai 159 orang lagi yang diberi tawaran yang sama - semuanya adalah pekerja berumur 50 tahun ke atas) meninggalkan tempat ini.

Aku rasa ini peluang terbaik. Rezeki insyaAllah, ada dimana-mana selagi kita berusaha mencarinya.  Aku perlu yakin dan firm dengan keputusan besar ini.

Ya... Aku bercadang untuk berjumpa dengan HR minggu depan.

Sepanjang minggu depan aku akan sibuk dengan persediaan menghadapi odit SIRIM. Minggu lagi satu pula adalah minggu Hari Raya. Minggu yang lagi satu pula adalah minggu odit SIRIM (5~7hb Ogos). Tanggal 8hb ogos adalah hari yang aku akan berjumpa dengan kawan-kawan dan staf untuk mengucap selamat tinggal dan mengembalikan semua hak milik syarikat yang aku guna selama ini (uniform, lencana, kunci ofis). Tak pasti samada aku sempat untuk membuat mesyuarat jawatan kuasa surau untuk mencari pengganti aku selaku pengerusi. 

Memang begitu singkat notisnya.

"Macam pemain bola dapat kad merah; kena serta merta keluar padang," gurauku pada kawan-kawan yang senasib denganku di surau ofisku petang tadi.

5 ulasan:

smbotak berkata...

kalau kad merah (atau kuning) tu sebab dah buat kesalahan bang, tapi ni disebabkan masalah syarikat sendiri.

rasanya elok dengan pampasan yang ada tu, buat modal untuk kerja sendiri. bila kerja sendiri ni, masa lebih flexible. lebih senang nak uruskan famili.

BUNDA a.k.a KN berkata...

Setuju dengan Smbotak..

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni pak IM boleh buat kerja yang disukai dan tidak membebankan kepala.

faizah berkata...

Ye. :)

Tanpa Nama berkata...

Tapi kena beringatlah yang selepas ini tiada pendapatan bulanan lagi. Pandai2lah menjaga kewangan.