Terasa dah jemu dengan kerja. Nak duduk saja di rumah.
Tengahari tadi aku ke Koperasi Pelaut kat Weld Quay. Ambil duit raya ibu_suri yang telah sekian lama menjadi ahli koperasi.
Berjumpa dengan seorang operator India di tempat kerja dulu. Dia dah pencen awal dari aku. Dia hulur tangan nak bersalam dengan aku. Teragak-agak aku dibuatnya dengan situasi spontan begitu.
"Awak tinggal sini?" soalku agak hairan. Sekian lama aku datang ke sini samada untuk ambil duit raya ibu_suri atau hadiri majlis anjuran Koperasi Pelaut, tak pernah pula terjembong dengan dia.
"Haah... I duduk kat flet atas. Sekarang I kerja kat kedai makan sini. Jadi cashier." Jawabnya sambil menuding jari ke kedai makan bersebelahan. Bau stanggi Hindu memang kuat menerjah hidungku. Tapi aku yang sudah biasa dengan bau begini bersikap seperti tidak ada apa-apa. Hidup di Pulau Pinang dengan juzuk kaum yang pelbagai ini memang kena terima hakikat kepelbagaian budaya dan agama.
Masih sihat dan cergas dia bagai dulu juga. Dia memang menghormati aku sejak dulu lagi. Dia selalu mengatakan bahawa aku ini seorang lelaki yang baik.
Terfikir pula aku, kalaulah tiba masanya aku tidak lagi bekerja di tempat sekarang, mungkin aku juga akan mencari kerja yang tidak memerlukan tenaga otak seperti perempuan India ini. Kerja kat Petrol Station ke atau kerja kat mini market. Dapat sikit-sikit duit poket sekadar cukup belanja untuk aku dan ibu_suri.. udah le!
Tapi kalau dapat kerja sebagai tok siak masjid lagi best kan...kan... Berkat lagi!
6 ulasan:
abang IM minat berniaga tak? kecil-kecilan...
Ha.. Ha.. Suka tengok orang berniaga tapi sendiri tak minat dan tak ada pengalaman...
Semoga ada aktiviti bermanfaat selepas bersara nanti... :)
haah, betul IM, berniaga kecil-kecilan
Carilah kerja yang tidak memenatkan otak dan fizikal IM. Kerja yang santai-santai yang berpadanan dgn usia :)
Saya tak tau ujung pangkal lg ni. Takut tenggelam trus ja yob.....
Catat Ulasan